DEFINISI WATAK DAN PERWATAKAN
- watak ialah pelaku atau tokoh dalam sesuatu karya yang menggerakkan cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan alam.
- perwatakan pula ialah pelukisan tentang watak dari aspek luaran dan dalaman.
- sifat perwatakan digambarkan melalui tindak-tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikalnya, kepercaannya dan ideologi serta gambaran perasaan seseorang atau watak itu.
JENIS WATAK .
1. Watak Dinamik.
- watak yang mempunyai pelbagai konflik.
- watak yang mempunyai persoalan.
- permasalahan dari awal hingga akhir.
2. Watak Pipih.
- tidak kompleks.
- tidak berkembang.
- tidak mempunyai unsur saspens.
- watak yang menarik.
- menuju ke pelbagai arah sama ada menambah pengalaman, perubahan sikap, dan fizikal.
- penentang kepada watak protagonis
- watak jahat dan tidak berperikemanusiaan.
5. Watak Protagonis
- watak utama.
- kebiasaannya, watak yang baik dan berperikemanusiaan.
- kadangkala bersifat diktator, penjenayah dan juga koruptor.
1.
WATAK-WATAK DALAM SULALATUS SALATIN
WATAK DALAM KALANGAN RAJA
RAJA ISKANDAR ZULKARNAIN
- Raja Iskandar Zulkairnain anak kepada Raja Darab
- Keturunan Rom
- Memerintah negeri bernama Makaduniah
- Bergelar Raja Iskandar Zul-Karnain
- Seorang pahlawan yang berani dan masyhur
- Menakluki banyak negeri = negeri Kida Hindi. Mengislamkan negeri tersebut
- Seorang raja adil dan bertimbang rasa. Misalnya menaikkan semula Raja Kinda Hindi di atas takhta setelah menawan negeri itu.
- Berkahwin dengan Puteri Syahrul-BAriyah , puteri Raja Kida Hindi
- Mendapat seorang putera- Raja Aristun Syah-jurai keturunan hingga kepada Raja Suran.
- Puteri kepada Tersi Berderas dan puteri Raja Sulan dari negeri Amdan Negara.
- Memerintah negeri Amdan Negara
- Seorang raja yang sangat masyhur dan agung.
- Raja yang gagah perkasa..Ketua angkatan perang yang gagah berani. Menawan negeri Gangga Negara
- Raja yang kuat semangat , berani.. Tidak gentar berperang walaupun negeri yang lebih besar dan kuat. Hajat serang negeri China.
- Seorang raja berfikiran jauh, mengambil kira keadaan masa depan angkatannya dan membatal kan hajat menyerang negeri China kerana terlalu jauh mengambil masa yang lama
- Raja yang kreatif dan mempunyai pemikiran yang tajam serta proaktif.. Ingin meneroka dunia bawah laut, meneroka misteri kehidupan aam diluar daripada kemampuan pemikiran rakyat biasa.
- Sifat istimewa kerana dikurniakan sifat-sifat supernatural.. Boleh hidup dalam dunia dataran dan dunia bawah laut, berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri di kurniakan 3 putera iaitu Nila pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama
- Memiliki kesaktian.. Boleh berhubung dengan makhluk halus seprti jin dan peri. Misalnya mendapat pertolongan Raja Jin Asmaghiah Peri membawa ketiga tiga putera baginda keluar dari negara bawah laut
- Contoh lain , Raja Suran mendapat tiga buah mahkota daripada perbendaharaan Nabi Sulaiman 'alaihis-salam, menaiki kuda Farasu'l-Bahri kembali ke dunia daratan.
SULTAN MUHAMMAD SYAH
- Nama sebenar Raja Kecil Besar .
- Menerima Islam dan menukar nama kepada Sultan Muhammad Syah.
- Menyusun adat-istiadat diraja berdasar adat Melayu dan syariat Islam.
- Memerintah Melaka selama 67 tahun.
SULTAN MUZAFFAR SYAH
- Nama sebenar Raja Kassim.
- Anakanda Kepada Sultan Muhammad Syah bersama Tun Wati
- Raja Melaka yang pertama menggunakan gelaran sultan.
- Baginda telah berjaya menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan pembesar Hilir Melaka iaitu antara Tun Perak dan Bendahara Tun Ali, iaitu bapa saudara baginda.
- Sultan Muzaffar Shah juga bijak bertindak ketika menghadapi serangan Siam iaitu dengan menghantar Tun Perak untuk mematahkan serangan tersebut dan strategi baginda baginda berjaya.
SULTAN MANSUR SYAH
- Gelaran dengan nama Raja Abdullah
- Menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Muzaffar Syah.
- Mempunyai 4 orang isteri; Puteri Onang Sari, Raden Galoh Cendera Kirana, Puteri Hang Li Poh dan Puteri Lela Wangsa (anakanda Maharaja Dewa Sura).
- Sultan Mansur Shah turut memuliakan alim ulama sambil mendalami ilmu agama hingga ke tahap ilmu tasawuf. Apabila kitab Ad Darrul Manzum karangan Maulana Abu Ishak diarak dari kapal sampai ke balairong seri, baginda datang sendiri berguru dengan Maulana Abu Bakar. Kemudian menitahkan pula supaya kitab itu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu di Pasai oleh Makhdum Patakan.
SULTAN ALAUDIN RIAYAT SYAH
- Nama sebenar Raja Hussain.
- Merupakan sultan yang sangat berkepimpinan dalam politik, dan juga sangat cekap dan berani.
- Memiliki 4 orang anak dari 2 orang isteri.
- Baginda merupakan sultan yang sangat mementingkan keamanan negeri Melaka.
- Baginda dan Hang Isap akan menyamar sebagai rakyat biasa dan meronda kota Melaka pada waktu malam.
- Hal ini demikian kerana telah berlaku huru-hara yang mengatakan negeri Melaka berlaku kecurian di kalangan rakyat.
- Oleh itu, mereka berjaya menemukan pencuri tersebut lalu diusir dan dibunuh oleh titah Baginda dari negeri Melaka.
SULTAN MAHMUD SYAH
- Sultan Mahmud Shah merupakan Sultan Melaka terakhir.
- Sultan Mahmud Shah dikenali kerana sikapnya yang kejam.
- Zaman Sultan mahmud Syah;
Wasiat Sultan Alauddin.
Curang dengan isteri Tun Biajid.
Pembunuhan Tun Ali Sandang.
Telatah pembesar di zaman Sultan mahmud ; Seri Wak Raja, Hang Isa Pantas, Maulana Yusuf
Menyerang manjung dan kelantan.
Perlantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara dan pembunuhan keluarga bendahara.
Meminang “Puteri Gunung Ledang”.
Hang Nadim dititahkan ke Benua Keling.
Melarikan Tun Teja
Sultan Abdul Jamal meletak jawatan.
Pembunuhan Raja Zainal.
Perzinaan Sang Sura dengan isteri Sang Guna.
Legor menyerang Pahang.
Menobatkan Kedah.
Hubungan dengan Portugis.
Seri Rama tidak hormati Makhdum Sadar Johan.
Perkembangan Ilmu Islam.
Pembunuhan keluarga Bendahara Seri Maharaja.
Sultan Mahmud membuang kerajaan.
Kekalahan Melaka di tangan Portugis.
Mangkat di kampar.
TUN FATIMAH
- Anak Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir.
- Berkahwin dengan sepupunya iaitu Tun Ali.
- Tun Fatimah mempunyai rupa paras yang sangat cantik sehinggakan Sultan Mhmud sangat tergila-gilakannya.
- Akhirnya Tun Fatimah berkahwin dengan Sultan Mahmud setelah ahli keluarganya iaitu suaminya; Tun Ali, abangnya; Tun Hassan, bapa mentuanya; Tun Tahir serta bapanya; Tun Mutahir dibunuh oleh Sultan Mahmud.
- mempunyai zuriat dengan Sultan Mahmud iaitu 2 orang puteri; Raja Putih dan Raja Khadijah manakala seorang putera Raja Ali.
- Raja Ali kemudiannya dirajakan dengan gelaran Sultan Alaudin Riayat Syah.
TUN TEJA
- Nama penuhnya ialah Tun Teja Ratna Menggala.
- Anak kepada Bendahara Seri Amar Bangsa Diraja.
- Merupakan tunangan Sultan Abdul Jamal, Sultan Pahang.
- Namun dilarikan oleh Hang Nadim ke Melaka dan berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah.
- Memperoleh seorang puteri yang bernama Puteri Adma Dewi.
TUN PERAK
- Saudara lain ialah Tun Kudu dan Tun Perpillh Putih.
- Mula dilantik sebagai Bendahara pada zannin pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.
- Memegang jawatan Bendahara di bawoh pemerintahan empat orang sultan iaitu zaman Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah.
- Tun Perak tersingkir dari mendapat jawatan Bendahara (mengikut adat tradisi) selepas kemangkatan Bendahara Seri Wak raja. Tun Perak membawa diri ke Kelang,dilantik sebagai penghulu orang Kelang.
- Ketokohan clan kewibawaan Tun Perak terserlah sewaktu Melaka menghadapi ancaman serangan Siam
- Kecerdikan Tun Perak mengusir ancaman Siam dan menyelesaikan masalah berhubung tuduhan-tuduhan ke atas dirinya telah menambat hati sultan dan Tun Perak dilantik sebagai Bentara.
- Konflik dengan Seri Nara Diraja (pegang jawatan Bendahara). Konflik dapat diselesaikan --> Tun Perak didudukkan ke jawatan Bendahara setelah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Kudu.
Terima kasih ats perkongsian yg bermanfaat
ReplyDeleteSesuai untk djdikan rjukan krn mklumat yg lngkap dn pdat
ReplyDelete