Tuesday, 29 May 2018

UNSUR PHATOS DALAM SULALATUS SALATIN


Maksud:
- Istilah berasal dari perkataan Greek.
- Membawa maksud - penderitaan atau rasa kesedihan atau kepiluan.
- Dari segi kesusasteraan, pathos merupakan unsur yang meransangkan daya rasa kasihan, kesedihan dan dukacita dalam diri pembaca.
- Menggambarkan sifat-sifat berserah, perihal penderitaan yang tidak tertanggung, atau kesengsaraan kerana menanggung dukacita yang amat mendalam.


UNSUR PATHOS DALAM SULALATUS SALATIN.

1. Pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi keamanan negeri.
Hal ini dapat dilihat dalam kisah Sultan Muzaffar Syah terpaksa menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu demi menyelesaikan perbalahan antara Seri Nara Diraja Tun Ali dengan Tun Perak.
Sebagai seorang wanita yang masih muda, Tun Kudu turut terpaksa menanggung penderitaan diceraikan demi kepentingan keamanan Melaka. Kemudian berkahwin pula dengan Seri Nara Diraja Tun Ali yang telah tua. Namun Tun Kudu tidak ada pilihan. Penentuan hidupnya terserah kepada ketentuan kuasa dipihak lelaki lebih-lebih lagi atas titah sultan.

2.Pembunuhan terhadap orang yang tidak berdosa oleh pemerintah hanya kerana faktor dendam dan benci dan fitnah.
Ini bermakna tindakan pemerintah yang menjatuhkan hukuman bunuh terhadap seseorang yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Buktinya dapat dilihat dalam peristiwa pembunuhan terhadap Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, Tuan Jana Khatib, Tun Besar, Tun Ali Sandang dan sebagainya yang berpunca daripada rasa dendam dan benci.
Contoh:

a. Pembunuhan terhadap Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir misalnya berpunca daripada dendam Sultan Mahmud Syah terhadap Tun Mutahir kerana tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada baginda terlebih dulu sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali. Ditambah pula dengan fitnah yang disampaikan oleh Raja Mendaliar dan Kitul yang memfitnah Bendahara Tun Mutahir ingin merampas tahta kerajaan Melaka.
Dalam suasana hidup yang tenang, bahagia bersama keluarga, hidup mewah dan mempunyai kedudukan (diceritakan Bendahara Seri Maharaja pembesar terkaya di Melaka) tiba-tiba berhadapan dengan malapetaka dan kemusnahan diri sendiri serta ahli-ahli keluarga tentu sekali penderitaan yang dirasai tidak tertanggung.
Turut dirasai penderitaan ini ialah Tun Fatimah yang terpaksa menghadapi kehilangan suami, ayah dan keluarga secara tragis, difitnah akan menderhaka kepada raja. Kesan kesakitan dan penderitaan Tun Fatimah diceritakan dalam Sulalatus Salatin bahawaTun Fatimah tidak pernah tersenyum selama menjadi isteri Sultan Mahmud Syah.

b. Pembunuhan kejam ke atas Tuan Jana Khatib oleh Paduka Seri Maharaja juga menimbulkan unsur pathos kerana tidak setimpal dengan kesalahannya menilik batang pinang hingga terbelah dua di hadapan permaisuri Singapura. Pembunuhan akibat rasa cemburu dan tanpa alasan kukuh ini amat kejam dan menimbulkan simpati pembaca terhadap watak tersebut.

c. Pembunuhan ke atas anak Sang Rajuna Tapa. – Anak Sang Rajuna Tapa merupakan gundik kepada Raja Iskandar Syah. Dia telah difitnah dan dijatuhkan hukuman bunuh secara yang amat kejam dan mengaibkan iaitu disula dihujung pasar.

d. Pembunuhan Tun Besar gara-gara bermain sepak raga.

e. Pembunuhan Sultan Abu Syahid oleh Raja Rekan. Orang yang tidak berdosa menjadi mangsa balas dendam dan tamak kuasa.

3. Terkorban kerana menegakkan keadilan dan perbezaan prinsip:
  • Buktinya tergambar dalam episod pertikaman dan pembunuhan Hang Jebat oleh sahabatnya Hang Tuah.
  • Kesedihan, kepiluan dan rasa penyesalan yang bukan sahaja dirasai oleh watak-watak tetapi turut dirasai oleh kita sendiri sebagai pembaca ketika mengikuti episod pertikaman antara dua orang sahabat baik iaitu antara Hang Tuah dan Hang Jebat.
  • Kita merasa sedih kerana pengorbanan Hang Jebat untuk membela penganiayaan ke atas sahabatnya Hang Tuah yang dihukum bunuh hanya kerana fitnah dan tanpa usul periksa oleh Sultan Mansur Syah akhirnya membawa kecelakaan pada dirinya kerana pada zaman itu tindakan Hang Jebat bertentangan dengan sistem sosial yang menjadi amalan masyarakat Melayu .
  • Hal ini terjadi kerana perbezaan prinsip di antara dua sahabat tersebut. Hang Tuah berpegang dan menjunjung prinsip “Pantang Melayu Derhaka kepada raja” sebaliknya Hang Jebat berpegang kepada prinsip “ Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah”
  • Berpegang kepada prinsip itu Hang Tuah tidak boleh sama sekali bertolak ansur terhadap sesiapa sahaja yang menderhaka kepada rajanya. Sebagai seorang hamba yang setia kepada tuannya, Hang Tuah menepikan rasa persahabatan/persaudaraannya terhadap Hang Jebat. Hang Tuah tetap menurut titah raja. Kesetiaan Hang Tuah tidak berbelah bagi kepada raja Melaka. Sungguhpun Hang Jebat menderhaka kerana membela "kematian" Hang Tuah, namun kesetiaan Hang Tuah tidak ada tandingannya .
  •  

4. Rakyat menjadi mangsa kesetiaan kepada pemerintah.
  • Kepedihan dan kesakitan yang dirasai oleh rakyat dan hulubalang Singapura akibat tercedera diserang todak berlaku kerana kesetiaan mereka terhadap pemerintah. Titah raja Singapura tidak boleh dibantah. Kisah ini berlaku dalam episod Singapura dilanggar todak
  • Titah raja supaya rakyat berkubukan betis (tubuh badan) telah menyebabkan ramai rakyat terkorban dan cedera parah.
  • Dalam episod ini juga, berlaku peristiwa tragis yang amat mengusik perasaan belas kasihan serta kepiluan hati apabila mendapati budak cerdik yang telah berjasa menyelamatkan Singapura daripada serangan todak itu tidak diberi penghargaan sewajarnya. Sebaliknya budak cerdik ini telah menjadi korban fitnah akibat perasaan iri hati pembesar-pembesar negeri. Begitu juga seksa keluarga budak cerdik ini menanggung penderitaan kematian anak mereka kerana berjasa kepada negara.
  • Budak cerdik ini tidak berdosa belum mengenal pancaroba dunia dihukum bunuh, mati dalam keadaan terseksa benar-benar meninggalkan kesan pada jiwa kita.


5. Penganiayaan dan penafian hak terhadap pewaris tahta juga merupakan suatu unsur pathos.
  • Ini terlihat dalam peristiwa penyingkiran Raja Kassim daripada menaiki tahta Kerajaan Melaka oleh Puteri Rekan. Raja Kassim sepatutnya menaiki tahta selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, tetapi telah dinafikan haknya oleh Puteri Rekan yang bertindak melantik anaknya Raja Ibrahim sebagai sultan Melaka. Raja Kassim diusir dari istana dan menjadi nelayan di pantai Melaka.
  • Peristiwa penyingkiran ini menimbulkan rasa simpati dan belas kasihan khalayak terhadap Raja Kassim.


4 comments:

  1. a really great posting. before baca ni, tak tau pun apa yg dimaksudkan dgn phatos

    ReplyDelete
  2. Menarik dan bagus untuk rujukan.

    ReplyDelete
  3. Mklumat yg brguna tntng phatos👍

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas maklumat mengenai unsur phatos ini.

    ReplyDelete

PERSOALAN TEKS SULALATUS SALATIN

DEFINISI PERSOALAN. persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema.  persoalan biasany...