Tuesday, 29 May 2018

TEKNIK PENULISAN TEKS HIKAYAT MELAYU






Dalam setiap bahan bacaan yang agung,terdapat teknik atau cara penulisan yang baik dan berprofil tinggi untuk menjadi bahan bacaan yang menarik dan sentiasa menjadi tatapan umum.Apa yang dapat saya klafikasikan ialah dimana Teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) ini mempunyai teknik penulisan yang terkandung dalam buku tersebut.Penulisan yang dikarya oleh Tun Sri Lanang ini menerapkan 7 elemen dalam penulisa teks sejarah melayu ini.Antara unsur yang digunapakai ialah:
    i.                        








Jumlah Bab dan Penyusunan yang Baik
Jumlah bab memainkan peranan yang penting dalam sebuah penulisan teks kerana melalui bab yang dipaparkan,pembaca akan mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam sebuah buku tersebut.Sebagai contohnya teks Sejarah Melayu versi A.Samad Ahmad dimana buku beliau mempamerkan 14 bab.Penyusunan setiap bab ini mempunyai ciri tersendiri untuk memudahkan pembaca memahami setiap bab yang ditulis.

Judul bab dan subtopik yang jelas
Teks Sulalatus Salatin ini juga mempunyai bab dan dalam setiap bab pula mempunyai  subtopik yang teratur.Dalam setiap subtopik yang bermula dari bab 1-14 menceritakan tentang permulaan awal kerajaan di Melaka,jurai-jurai keturunan raja-raja,pergolakan di Melaka dan sehingga akhirnya menceritakan tentang zaman kejatuhan Melaka.Penullisan ini disertakan dengan subtopik untuk memudahkan jalan sesebuah penceritaan agar pembaca tidak keliru.

Jumlah Halaman
Jumlah halaman juga dititikberatkan dalam setiap penulisan sesebuah buku kerana setiap halaman yang dinyatakan juga turut memainkan peranan.Sebagai contohnya,teks sejarah Melayu versi A.Samad Ahmad ini mempamerkan sekitar 320 halaman.Sebuah teks yang tidak terlalu banyak namun padat dengan isi akan dipilih oleh pembaca.

Pendekatan Penulisan (urutan peristiwa)
Peristiwa dalam teks Sulalatus Salatin ini mengikut peristiwa yang sebenarnya kerana penulis pada masa itu menulis kisah ini berdasarka kejadian yang berlaku ketika itu.Peristiwa awal yang terdapat dalam teks ini ialah pengkisahan jurai keturunan raja-raja dan kemunculan kerajaan Melaka.Sebagai contoh pembukaan kota Melaka dimana dikaitkan dengan mitos Raja Iskandar melihat kejadian aneh dimana seekor pelanduk putih menendang anjing perburuan jatuh ke sungai dan ketika itu Raja Iskandar berehat di sebuah pokok yang bernama pokok Melaka.

Setersusnya pendekatan penulisan yang seterusnya pula menceritakan tentang  kegemilangan Melaka dimana puncak kejayaan dicapai oleh zaman Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah.Ketika itu Melaka berperanan sebagai empayar melayu yang kuat dan bear dan pengembangan islam juga berlaku ketika itu di Kota Melaka.

Akhirnya urutan peristiwa kisah yang terdapat dalam teks Sejarah Melayu ini berkaitan dengan kejatuhan Melaka iaitu dibawah pemerintahan Sultan Mahmud dimana sultan ini amat lemah dalam corak pemerintahan di Melaka.Sultan Mahmud lebih mementingkan hawa nafsu berbanding dengan dengan negeri yag ditabirnya itu.Selain itu juga sultan Mahmud suka menjatuhkan hukuman melulu tanpa usul periksa.Jelaslah bahawa dalam setiap penulisan yang baik akan mengandungi pendekatan penulisan iaitu susun atur peristiwa mengikut kesesuaian dengan kejadian yang telah berlaku.


14 comments:

  1. teknik penulisan teks hikayat Melayu pada pendapat saya make this karya a little bit different from those of others. Unik pun ada

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian anda

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg sgt mmbantu dlm mngenali sejarah melayu :)

    ReplyDelete
  4. perkongsian yg sangat bagos👍

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang sangay menarik👍

    ReplyDelete
  6. Tknik pnulisan yg mdah dfhami dn dpt djdikn pnduan brsama

    ReplyDelete
  7. Bestt ...Jimat duit sy xyah beli buku... Guna fon je dh dpt maklumat . Tq kepada penulis blog ..

    ReplyDelete
  8. kan..saya pun suka karya ini, memudahkan kita untuk baca mana bab yg kita nk baca...contoh 'eh aku nak baca pasal Hang Tuah dihukum bunuh laa..' terus cari subtopik dan walaaa...Terus saya boleh telusuri pasal peristiwa tu

    ReplyDelete
  9. Teknik penulisn yg sgt mmbntu dn dpt dijdikn rujukn tmbhn

    ReplyDelete
  10. Penjelasan isi yang menarik dan dapat dijadikan rujukan

    ReplyDelete
  11. Teknik yg diceritakan amat menarik

    ReplyDelete
  12. Perkongsian yang sangat menarik, ringkas dan padat, yang penting mudah menghafal

    ReplyDelete
  13. Blog yang menghasilkan info berkaitan bahasa melayu yg sangat bagus dan berguna

    ReplyDelete

PERSOALAN TEKS SULALATUS SALATIN

DEFINISI PERSOALAN. persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema.  persoalan biasany...