Wednesday 30 May 2018

PERSOALAN TEKS SULALATUS SALATIN





DEFINISI PERSOALAN.
  • persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema. 
  • persoalan biasanya lebih daripada satu iaitu semakin panjang sesuatu karya semakin banyak persoalannya. 
  • persoalan wujud untuk memperkukuhkan dan menghidupkan tema sesebuah karya.
1.  Persoalan Tentang Keberanian Raja dalam memenuhi keinginannya.
Sultan Mahmud berhajat untuk mengahwini  dengan Puteri Gunung Ledang dan telah menghantar dua orang pengikutnya untuk menghantar rombongan meminang kepada Puteri Gunung Ledang.Sultan Mahmud berani menghantar rombongan meminang kepada Puteri Gunung Ledang walaupun dia tahu P.G.L seorang puteri yang amat cantik dan susah didekati.Pinangan S.M diberikan syarat yang amat susah utk baginda tunaikan iaitu semangkuk darah anak raja.

2. Persoalan Kemahiran Dalam Pelbagai Ilmu
Tuan Jana Khatib dilihat sebagai seorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran . Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura. Dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib nak menunjukkan kebolehan kepada isterinya. Tuan Jana Khatib telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh Tuan Jana Khatib telah ghaib.

3. Persoalan Kewibawaan Pembesar dalam Menjalankan Tugas
Dapat dilihat dalam watak Tun Perak.  Tun Perak dilihat telah berjaya mematahkan serangan Siam. Hal ini dilihat apabila Tun Perak mengerahkan semua anggotanya untuk menyalakan  puntung api . Hal ini bertujuan untuk memberitahu kepada pihak lawan bahawa anggotanya sangat ramai . Dan taktik itu berjaya apabila Siam telah mengundurkan diri .

4. Persoalan Pengorbanan dalam menyelesaikan Masalah
Sultan Muzaffar Shah telah mengahwini Tun Kudu iaitu anak kepada Seri Wak Raja. Ketegangan telah berlaku antara Tun Perak dengan Tun Ali. Setelah melakkukan perbincangan antara kedua-dua pihak dan sebagai penyelesaiannya Tun Kudu telah dilepaskan kepada Tun Ali. Pengorbanan yang dilakukan itu ternyata tidak sia-sia apabila hubungan Tun Ali dan Tun Perak kemudiannya menjadi baik.

5. Persoalan Kesetian Pembesar Terhadap Raja
Hang Tuah yang berkhidmat dengan sepenuh jiwa dan raga terhadap tuannya iaitu Raja Melaka.Semua kehendak raja dituruti tanpa banyak soal.Hang Tuah juga pernah dihukum bunuh dan menerima hukuman tersebut secara pasrah .Hal ini menunjukkan kesetiaan Hang Tuah yang tidak berbelah bahagi kepada raja.

26 comments:

  1. well explained๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  2. Info yg sangat membantu utk exam nanti. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Info yang menarik ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  4. maklumat yg sangat membantu kite smua..๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  5. Pngisian prsoalan yg sngt rngkas dn pdat๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  6. ringkas dan padat. welldone!

    ReplyDelete
  7. Wow..i never think bout that 'persoalan' yang awk letak dlm blog ni..thanks for the info

    ReplyDelete
  8. Wow..i never think bout that 'persoalan' yang awk letak dlm blog ni..thanks for the info

    ReplyDelete
  9. Blog yang menarik !
    Padat dengan input yang berguna tambah pula musim peperiksaan semakin hampir , terima kasih

    ReplyDelete
  10. wow! perkongsian yang oenip dengan pro dan kontra. tq you

    ReplyDelete
  11. Blog yang menarik. Penuh dengan info-info yang memberi pengetahuan.

    ReplyDelete
  12. terima kasih atas perkongsian saudari yang begitu menarik dan berguna untuk bahan rujukan.

    ReplyDelete
  13. Baguihh nohh... Tq ats perkongsian

    ReplyDelete
  14. Perkongsian ilmu yg bermanfaat.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Perkongsian yang sangat menarik, ringkas dan padat, yang penting mudah menghafal

    ReplyDelete
  17. Good info! Ringkas and senang ingat

    ReplyDelete
  18. ringkasan yang baik dan mudah difahami. terima kasih

    ReplyDelete

PERSOALAN TEKS SULALATUS SALATIN

DEFINISI PERSOALAN. persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema.  persoalan biasany...