Tuesday, 29 May 2018

CERMIN ADAB 1








SAJAK CERMIN ADAB
KARYA : PROF MADYA DR NORAZIMAH BINTI ZAKARIA


SULTAN MAHMUD 

Namamu paling banyak disebut
Kerana nafsu yang tidak boleh diturut
Habis kota Melaka
Jatuh hancur seperti kepingan kaca
Bayang-bayangnya berderai
Seperti air mata
Mengapa engkau tidak pernah menderita
Melihat sakitnya keluarga mereka
Mana kau punya perasaan
Hatimu dikurung
Nafsumu tidak hancur
Oleh tangan hitam yang penuh noda
Dalam kotak memori mereka yang pernah kausakiti
Seperti kisah Tun Fatimah
Jika dapat diulang rakaman itu
Siapalah dia laksana Siti Zubaidah
Menentang siapa sahaja
Yang mengancam hidup suaminya
Mungkin kau juga
Akan tumbang di tangan wanitanya.

TUN MUTAHIR DAN TUN FATIMAH

Anakandaku Tun Fatimah
Ayahanda runsing tidak menentu
Memikir nasib masa depanmu
Ingin ayahanda tunjuk wajah rupamu
Pada raja Melaka yang besar itu
Tapi kuathir kerana ayahanda tahu
Bagaimana akan terjadi kesudahan hidupmu
Jika berkahwin dengan Sultan Melaka itu.

Ayahanda tahu raja murka
Tapi apakan daya ayahanda tidak suka
Melihat sikap dan kelaku Raja Melaka
Walaupun nyawa menjadi taruhan akhirnya

Hiduplah baik-baik wahai intan permata
Setialah kau kepada raja
Bukan resmi kita untuk menderhaka
Walau ayahanda dan suamim dibunuh kau redakan ia
Kelak Allah akan membalas jua
Sikap zalim raja yang membuat durja
Senyumlah Tun Fatimah
Kau anakanda kesayangan ayahanda

Sayang ayahanda padamu hingga hujung nyawa.

8 comments:

  1. Sjak yg mnarik dn pnuh pngjaran

    ReplyDelete
  2. hah yg ni lagi gempak..x payah baca karya panjg2..cukup dgn faham sajak ini, saya dh tahu pasal peristiwa ini..well done walau sesiapa sahaja penulisnya...and tq for ur sharing

    ReplyDelete
  3. hah yg ni lagi gempak..x payah baca karya panjg2..cukup dgn faham sajak ini, saya dh tahu pasal peristiwa ini..well done walau sesiapa sahaja penulisnya...and tq for ur sharing

    ReplyDelete
  4. Tq for sharing .
    #SayangiMalaysiaku

    ReplyDelete
  5. Dengan adanya video ini saya dapat fahami beberapa peristiwa yang terdapat dalam Sulalatus Salatin. Terima kasih atas perkongsiannya.

    ReplyDelete
  6. Dengan gabungan video ringkas dan sajak dapat memudahkan lagi proses pengisian ilmu sejarah..,, well done

    ReplyDelete

PERSOALAN TEKS SULALATUS SALATIN

DEFINISI PERSOALAN. persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema.  persoalan biasany...