Tuesday, 29 May 2018

NILAI KEMANUSIAAN


Meneliti unsur-unsur kemanusiaan dalam Sejarah Melayu dapat dilihat daripada sudut;
i.    Perbuatan atau tingkah laku.
ii.  Kata-kata atau dialog watak.

Kedua-dua sudut di atas biasanya akan melibatkan golon­gan raja dan pembesar-pembesar kerana peristiwa atau kisah dalam Sejarah Melayu adalah bersifat "istana-centrik". Jadi penglibatan golongan raja dan pembesar jelas dalam urusan pentadbiran negeri serta yang melibatkan peranan mereka dalam hubungan sesebuah kerajaan. Dengan lain perkataan, penelitian unsur-unsur kemanusiaan dalam konteks perbin­cangan di sini akan berkait secara langsung dengan pengli­batan dan peranan golongan istana (raja dan pembesar) dengan pemerintahnya.

KEMANUSIAAN YANG POSITIF (MENGUTAMAKAN NILAI KEMANUSIAAN)

1.  Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka mengutamakan tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai.

Antara Sultan Melaka yang memiliki sifat adil dan saksama ialah;
i. Sultan Mansur Syah. Sejarah Melayu menyebut ten tang sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pads zaman itu."

ii. Sultan Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai seorang Sultan yang adil dan bertanggungjawab. Ba­ginda sanggup menyamar sebagai rakyat biases bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar negeri dengan tuju­an mengatasi masalah kecurian di Melaka.

iii. Raja Kecil Besar juga seorang pemerintah yang digam­barkan sebagai "Terlalu adil baginda pada memelihara segala rakyat lagi dengan murahnya". 
"Sultan Muhammad itu selama di atas kerajaan ter­lalu sekali adil baginda memeliharakan segala manusia."

2. Sifat dan kelakuan Berbudi Bahasa juga merupakan salah satu sifat yang amat mulia.
Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa tinggi. Walau pun ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peri­badinya kerana enggan menolong Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila di­tanya oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan kemuliaan budi Ben­dahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah da­tang memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah;

"Maka Laksamana pun datang, lalu meniarap pada kaki Bendahara. Sembah Laksamana kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku sedia asal orang besar-besar penghulu kepada saya sekalian." .

3. Berjasa dan Berbakti : Dalam konteks pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran tertentu.

  • Jasa bakti Tun Perak sewaktu angkatan Siam me­nyerang Melaka. Tun Perak memegang jawatan sebagai penghulu orang-orang Kelang. Kejayaan Tun Perak me­nyekat kemaraan Siam serta serangan Siam hingga menye­lamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah telah men­dapat pengiktirafan yang tinggi daripada Sultan Muzaffir Syah. Tun Perak di lantik sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan peraturan Melaka, Tun Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara Melaka setelah ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minun racun) tetapi oleh kerana Seri Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan Muzaffir Syah di atas takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara Diraja Tun Ali.
  • Tun Perak seolah-olah membawa diri ke Kelang dan di­lantik sebagai Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar, darah pembesar tetap mengalir dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh pemimpin yang berkelibar tetap terserlah. Beliau tidak pernah "merajuk" dalam melaksanakan tugas dan berbakti kepada Melaka walaupun ia tersingkir daripada jawatan yang menjadi "haknya". Ini jelas apabila raja mengerahkan seluruh pahla­wan daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi menghadapi serangan Siam.
  • Jasa bakti Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah adalah seorang panglima yang sangat bedasa. Jasa bakti yang pernah dicurahkan kepada rajanya tidak pernah mengenal erti keperitan. Sungguh­pun beliau telah diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu yang taat dan ber­pegang teguh pada konsep "pantang Melayu menderhaka pads rajanya", Hang Tuah tetap berusaha dan melaksana­kan segala titah raja. Dia sanggup membunuh sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pads rajanya, sungguhpun Hang Jebat menderhaka ke­rana membela kematiannya. Jasa bakti Hang Tuah me­ngembalikan maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat penghargaan daripada Sultan. Sejarah Melayu mencatat­kan;
"Maka terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian yang dipakai baginda itu semuanya dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu Hang Tuah dilekatkanlah gelar "Laksa­mana" itu diarak keliling negeri, seperti adat anak raja-raja, didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu Bendahari)

  • Jasa bakti Tun Telanai dan Menteri Jana Putra serta utusan Melaka yang pergi ke Siam kerana berhasil menja­linkan hubungan baik antara Melaka dan Siam mendapat penghargaan Sultan;
"Maka baginda pun terlalu sukacita, serta memberi persali­nan Tun Telanai dan Menteri Jana Putra, dan akan segala utusan Siam itu."


4. Memberi Nasihat dan Pengajaran : Nasihat menasihati antara satu dengan yang lain amatlah dituntut dalam me­ngatur kehidupan agar tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan abadi. Golongan tua biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi pengajaran ke­pada yang lebih muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan pengajaran.

  • Wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah
Wasiat pada pembesar negeri ; Jikalau suatu khilap bebalnya, sangat-sangat maaf sekalian akan dia, dan tegur ajar, kerana ia lagi budak."
Wasiat pada Raja Muhammad ; hendaklah banyak‑banyak ampun mu akan segala hamba sahayamu, dan baik‑baik peliharamu akan dia,jikalau datang kepadamu dua pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah, tinggal­kan pekerjaan dunia, hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala. Dan segala anak Melayu, bagaimana besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan dosanya derhaka; kerana segala Melayu itu tanahmu, Jikalau kaubunuh ia dengan tiada dosanya,
bahawa kerajaanmu binasa."

5. Keimanan dan Ketakwaan : Sifat-sifat ini berkait dengan amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketak­waan manusia akan hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan soal-soal keimanan ini diceritakan terutama dalam episod-­episod seperti ;

  • Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar agama pada Makhdum Sadar Jehan
  • Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffir Syah telah, melaksanakan hukuman mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan kepada mereka yang me­lakukan kesalahan mencuri.



8 comments:

  1. terbaik. . perkongsian yang bermanfaat

    ReplyDelete
  2. ss memang padat dengan ilmu-ilmu kemanusiaan. recommended to read!!

    ReplyDelete
  3. Dijdikn pnduan sbg rujukn mmbuat tugasan

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  5. Sangat bagus dijadikan panduan .
    #SayangiMalaysiaku

    ReplyDelete

PERSOALAN TEKS SULALATUS SALATIN

DEFINISI PERSOALAN. persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema.  persoalan biasany...