Wednesday, 30 May 2018

PERSOALAN TEKS SULALATUS SALATIN





DEFINISI PERSOALAN.
  • persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema. 
  • persoalan biasanya lebih daripada satu iaitu semakin panjang sesuatu karya semakin banyak persoalannya. 
  • persoalan wujud untuk memperkukuhkan dan menghidupkan tema sesebuah karya.
1.  Persoalan Tentang Keberanian Raja dalam memenuhi keinginannya.
Sultan Mahmud berhajat untuk mengahwini  dengan Puteri Gunung Ledang dan telah menghantar dua orang pengikutnya untuk menghantar rombongan meminang kepada Puteri Gunung Ledang.Sultan Mahmud berani menghantar rombongan meminang kepada Puteri Gunung Ledang walaupun dia tahu P.G.L seorang puteri yang amat cantik dan susah didekati.Pinangan S.M diberikan syarat yang amat susah utk baginda tunaikan iaitu semangkuk darah anak raja.

2. Persoalan Kemahiran Dalam Pelbagai Ilmu
Tuan Jana Khatib dilihat sebagai seorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran . Tuan Jana Khatib seorang yang mahir ilmu khayal lillah telah datang ke Singapura. Dia telah menilik sebatang pohon pinang sehingga terbelah dua. Perbuatannya itu menimbulkan kemarahan Paduka Seri Maharaja. Katanya Tuan Jana Khatib nak menunjukkan kebolehan kepada isterinya. Tuan Jana Khatib telah dihukum bunuh. Sebaik darahnya menitik ke tanah, tubuh Tuan Jana Khatib telah ghaib.

3. Persoalan Kewibawaan Pembesar dalam Menjalankan Tugas
Dapat dilihat dalam watak Tun Perak.  Tun Perak dilihat telah berjaya mematahkan serangan Siam. Hal ini dilihat apabila Tun Perak mengerahkan semua anggotanya untuk menyalakan  puntung api . Hal ini bertujuan untuk memberitahu kepada pihak lawan bahawa anggotanya sangat ramai . Dan taktik itu berjaya apabila Siam telah mengundurkan diri .

4. Persoalan Pengorbanan dalam menyelesaikan Masalah
Sultan Muzaffar Shah telah mengahwini Tun Kudu iaitu anak kepada Seri Wak Raja. Ketegangan telah berlaku antara Tun Perak dengan Tun Ali. Setelah melakkukan perbincangan antara kedua-dua pihak dan sebagai penyelesaiannya Tun Kudu telah dilepaskan kepada Tun Ali. Pengorbanan yang dilakukan itu ternyata tidak sia-sia apabila hubungan Tun Ali dan Tun Perak kemudiannya menjadi baik.

5. Persoalan Kesetian Pembesar Terhadap Raja
Hang Tuah yang berkhidmat dengan sepenuh jiwa dan raga terhadap tuannya iaitu Raja Melaka.Semua kehendak raja dituruti tanpa banyak soal.Hang Tuah juga pernah dihukum bunuh dan menerima hukuman tersebut secara pasrah .Hal ini menunjukkan kesetiaan Hang Tuah yang tidak berbelah bahagi kepada raja.

Tuesday, 29 May 2018

TEKNIK PENULISAN TEKS HIKAYAT MELAYU






Dalam setiap bahan bacaan yang agung,terdapat teknik atau cara penulisan yang baik dan berprofil tinggi untuk menjadi bahan bacaan yang menarik dan sentiasa menjadi tatapan umum.Apa yang dapat saya klafikasikan ialah dimana Teks Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) ini mempunyai teknik penulisan yang terkandung dalam buku tersebut.Penulisan yang dikarya oleh Tun Sri Lanang ini menerapkan 7 elemen dalam penulisa teks sejarah melayu ini.Antara unsur yang digunapakai ialah:
    i.                        








Jumlah Bab dan Penyusunan yang Baik
Jumlah bab memainkan peranan yang penting dalam sebuah penulisan teks kerana melalui bab yang dipaparkan,pembaca akan mengetahui isi kandungan yang terdapat dalam sebuah buku tersebut.Sebagai contohnya teks Sejarah Melayu versi A.Samad Ahmad dimana buku beliau mempamerkan 14 bab.Penyusunan setiap bab ini mempunyai ciri tersendiri untuk memudahkan pembaca memahami setiap bab yang ditulis.

Judul bab dan subtopik yang jelas
Teks Sulalatus Salatin ini juga mempunyai bab dan dalam setiap bab pula mempunyai  subtopik yang teratur.Dalam setiap subtopik yang bermula dari bab 1-14 menceritakan tentang permulaan awal kerajaan di Melaka,jurai-jurai keturunan raja-raja,pergolakan di Melaka dan sehingga akhirnya menceritakan tentang zaman kejatuhan Melaka.Penullisan ini disertakan dengan subtopik untuk memudahkan jalan sesebuah penceritaan agar pembaca tidak keliru.

Jumlah Halaman
Jumlah halaman juga dititikberatkan dalam setiap penulisan sesebuah buku kerana setiap halaman yang dinyatakan juga turut memainkan peranan.Sebagai contohnya,teks sejarah Melayu versi A.Samad Ahmad ini mempamerkan sekitar 320 halaman.Sebuah teks yang tidak terlalu banyak namun padat dengan isi akan dipilih oleh pembaca.

Pendekatan Penulisan (urutan peristiwa)
Peristiwa dalam teks Sulalatus Salatin ini mengikut peristiwa yang sebenarnya kerana penulis pada masa itu menulis kisah ini berdasarka kejadian yang berlaku ketika itu.Peristiwa awal yang terdapat dalam teks ini ialah pengkisahan jurai keturunan raja-raja dan kemunculan kerajaan Melaka.Sebagai contoh pembukaan kota Melaka dimana dikaitkan dengan mitos Raja Iskandar melihat kejadian aneh dimana seekor pelanduk putih menendang anjing perburuan jatuh ke sungai dan ketika itu Raja Iskandar berehat di sebuah pokok yang bernama pokok Melaka.

Setersusnya pendekatan penulisan yang seterusnya pula menceritakan tentang  kegemilangan Melaka dimana puncak kejayaan dicapai oleh zaman Sultan Mansur Syah dan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah.Ketika itu Melaka berperanan sebagai empayar melayu yang kuat dan bear dan pengembangan islam juga berlaku ketika itu di Kota Melaka.

Akhirnya urutan peristiwa kisah yang terdapat dalam teks Sejarah Melayu ini berkaitan dengan kejatuhan Melaka iaitu dibawah pemerintahan Sultan Mahmud dimana sultan ini amat lemah dalam corak pemerintahan di Melaka.Sultan Mahmud lebih mementingkan hawa nafsu berbanding dengan dengan negeri yag ditabirnya itu.Selain itu juga sultan Mahmud suka menjatuhkan hukuman melulu tanpa usul periksa.Jelaslah bahawa dalam setiap penulisan yang baik akan mengandungi pendekatan penulisan iaitu susun atur peristiwa mengikut kesesuaian dengan kejadian yang telah berlaku.


SENARAI VERSI SEJARAH MELAYU YANG LAIN & LATAR BELAKANG TEKS


Ini merupakan salah satu versi lain yang diolah berdasarkan Teks Sejarah Melayu dimana berlakunya kemunculan teks-teks lain yang sumber utamanya ialah teks Sejarah Melayu.


TUHFAT AL-NAFIS


-Merupakan sebuah karya  Raja Ali Haji (menceritakan susur galur sejarah orang Bugis di Melaka,Johor dan Riau
-Menekankan konsep historigrafi tentang perihal orang Bugis dalam penaklukan di Tanah Melayu
-Penulis utama Tuhfat al-Nafis ialah oleh Raja Haji Ahmad dan diwafatkan kepada Raja Ali untuk menyambung penulisan
-Menyelitkan unsur sejarah yg mencatatkan  peristiwa dan petarikhan yang tepat
-Gaya kepengarangan lebih objektif kepada mengangkat martabat dan keagungan orang Bugis
-Mempunyai nilai estetika yang tampak segar dengan elemen islam yang tinggi
Menerapkan unsur keislaman setelah kedatangan pedagang Arab dari Jeddah,Mekkah.

PENGARUH TEKS SEJARAH MELAYU YANG LAIN SEPERTI HIKAYAT MELAYU,TUHFAT AL-NAFIS SAN SEBAGAINYA.



Teks Sulalatus Sulatin membawa impak yang besar terhadap penubuhan sejarah-sejarah baharu iaitu Hikayat Melayu,Tuhfat al-Nafis,Hikayat Raja-raja Pasai,Merong Mahawangsa,Hikayat Pahang,Hikayat Patani,Bustan al-Ariffin dan banyak lagi.Apa yang dapat dikonklusikan ialah teks Sulalatus Salatin ini merupakan teks karya yang mengenai kebangkitan,kegemilangan dan juga zaman kejatuhan melayu Melaka pada ketika itu.
Secara jelasnya bahawa teks sejarah Sulalatus Sulatin ini menjadi tonggak utama kepada penubuhan sastera sejarah yang lain.
Sebagai contohnya kita dapat lihat Hikayat Raja-raja Pasai yang dimana pengarangnya ialah  .Teks ini menceritakan tentang keagamaan untuk menceritakan kepada masyarakat tentang pengislaman raja-raja  melayu di Melaka.Contoh yang seterusnya pula kita dapat lihat dalam kepengarangan teks Tuhfat al-Nafis yang ditulis oleh Raja Ali al-Hafi dimana kisah ini diambil rujukannya daripada Sulalats Salatin dan menceritakan lebih terperinci tentang kesultanan Riau-Lingga dan buku ini juga ditulis pada tahun 1885(abad 18-19).
Dalam penubuhan teks-teks lain yang menggunakan Sulalatus Salatin sebagai rujukan akhirnya membuahkan hikayat-hikayat baru.Ini tidak lain tidak bukan ialah untuk merungkaikan jurai-jurai keturunan  raja pada masa itu,membincangkan tentang pembukaan negeri Melaka,sejarah pengislaman yang berlaku di Melaka dan juga kejatuhan empayar Melaka.Kemunculan teks-teks baharu ini diinspirasikan oleh teks Sejarah Melayu dimana teks ini menceritakan tentang susur galur raja-raja Melayu pada dahulukala.Namun begitu,walaupun berlaku perubahan dalam empayar sesebuah kerajaan,tetapi susur galur raja-raja tetap dikekalkan agar dapat menjaga martabat dan daulat raja-raja melayu.

UNSUR PENGETAHUAN LAIN BERKAITAN SEJARAH MELAYU


Penulisan teks Sulalatus Salatin ini secara ammnya mengemukan beberapa unsur pengetahuan lain yang berkaitan dengan sejarah Melayu.Apa yang kita selami disini ialah dimana unsur-unsur lain seperti:
unsur keagamaan menceritkan tentang perkaitan dengan agama.Sebagai contohnya cara pengislaman raja Melaka iaitu Sultan Mahmud yang bermimpi dengan Nabi Muhammad S.W.T yang mengajarnya dua kalimah syahadah dan akhirnya Sultan Mahmud masuk islam.

Unsur sejarah.Kita dapat lihat dalam susur galur pertabalan Raja Kecil sebagai Sultan Siak.Apa yang dapat saya rungkaikan disini ialah bahawasanya keturunan yang baik-baik akan diangkat untuk dimartabatkan.Sebagai contohnya,Raja Buang dan Raja Alam.Dalam konteks ini sepatutunya Raja Alam yang menjadi pengganti ayahandanya kerana dia merupakan anak sulung dari isteri pertama,tetapi keturunan belah ibunya Cuma orang biasa berbanding dengan Raja Buang dimana ibunya Tengku Kamariah merupakan nasab keturunannya gehara.

Unsur kemasyarakatan juga jelas terpampang dalam teks Sejarah Melayu ini dimana paza zaman pemerintaha Sultan Alau'd-Din Riayat Syah,baginda turut serta bersama-sama pengikutnya untuk membamteras jenayah yang berlaku di kotanya ketika itu.Selain itu kita juga dapat lihat sifat keprihatinan sultan terhadap kebajikan rakyatnya.

PERANAN SEJARAH MELAYU DAN FUNGSINYA


Keagungan Bangsa Melayu
Keagungan bangsa melayu dapat dilihat dengan penulisan sebuah teks yang ternama iaitu Sulatus Salatin.Keagungan tentang Tanah Melayu,kemasyuran raja-raja Melayu,jurai ketrunan raja-raja melayu,peristiwa pengakhiran di Tanah Melayu dan sebaginya.Tujuan teks ini dilakukan ialah untuk melambangkan keangungan yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu.Penulis ketika itu sorang yang berkaliber dan cinta akan penulisan maka beliau telah menulis teks Sulalatus Salatin ini untuk dijadikan bahan pengetahuan kepada masyarakat pada masa akan datang.


Pendidikan
Penggunaan Sastera sejarah dikembangkan dengan lebih meluas melalui bidang pendidikan kerana mempunyai sumber sejarah yang penting walaupun isinya mengandungi unsur mitos dan lagenda.Melalui dunia pendidikan,sejarah melayu dapat dikembangkan terhadap pelajar berkaitan dengan asal usul raja-raja Melaka,jurai keturunan raja-raja,menceritakan tentang tampuk pemerintahan terdahulu,bagaimana agama islam mula diprkenalkan dan juga bagaimana pengkahiran sebuah kerajaan di Melaka ditadbir.


Pengajaran
Dapat memberi pengetahuan dan  pengjaran yang terdapat dalam teks sejarah melayu kepada masyarakat pada masa kini untuk mereka mengetahui tentang sejarah melayu terdahulu.Sebagai contohnya kita dapat lihat sifat kekuasaan Sultan Mahmud yang terlalu berahi akan Puteri Gunung Ledang dimana baginda sanggup turut apa saja syarat P.G.L kecuali semangkuk darah anaknya.Selain itu,kita dapat jadikan pengajaran bahawa tidak semua ahli keluarga kita akan menyukai kita seperti  Sultan Mahmud yang dalam diam telah menyuruh orang suruhannya membunuh Raja Zainal kerana adanya sifat iri hari dan dengki.Jelas sekali dapat kita lihat bahawa penulisan teks sejarah melayu ini memberi impak dan pengajaran yang besar kepada masyarakat.


Kepuasan estetik
Estetik ialah keindahan bahasa, seni halus bahasa ketinggian pemikiran serta olahan peristiwa atau jalan cerita yang dapat menarik pembaca untuk membaca dalam bidang penulisan yang digambarkan dalam teks Sulalatus Salatin.Hal ini dapat dilihat dengan cara penulisan yang menekankan unsur estetik agar pembaca berminat untuk membaca.


CERMIN ADAB 1








SAJAK CERMIN ADAB
KARYA : PROF MADYA DR NORAZIMAH BINTI ZAKARIA


SULTAN MAHMUD 

Namamu paling banyak disebut
Kerana nafsu yang tidak boleh diturut
Habis kota Melaka
Jatuh hancur seperti kepingan kaca
Bayang-bayangnya berderai
Seperti air mata
Mengapa engkau tidak pernah menderita
Melihat sakitnya keluarga mereka
Mana kau punya perasaan
Hatimu dikurung
Nafsumu tidak hancur
Oleh tangan hitam yang penuh noda
Dalam kotak memori mereka yang pernah kausakiti
Seperti kisah Tun Fatimah
Jika dapat diulang rakaman itu
Siapalah dia laksana Siti Zubaidah
Menentang siapa sahaja
Yang mengancam hidup suaminya
Mungkin kau juga
Akan tumbang di tangan wanitanya.

TUN MUTAHIR DAN TUN FATIMAH

Anakandaku Tun Fatimah
Ayahanda runsing tidak menentu
Memikir nasib masa depanmu
Ingin ayahanda tunjuk wajah rupamu
Pada raja Melaka yang besar itu
Tapi kuathir kerana ayahanda tahu
Bagaimana akan terjadi kesudahan hidupmu
Jika berkahwin dengan Sultan Melaka itu.

Ayahanda tahu raja murka
Tapi apakan daya ayahanda tidak suka
Melihat sikap dan kelaku Raja Melaka
Walaupun nyawa menjadi taruhan akhirnya

Hiduplah baik-baik wahai intan permata
Setialah kau kepada raja
Bukan resmi kita untuk menderhaka
Walau ayahanda dan suamim dibunuh kau redakan ia
Kelak Allah akan membalas jua
Sikap zalim raja yang membuat durja
Senyumlah Tun Fatimah
Kau anakanda kesayangan ayahanda

Sayang ayahanda padamu hingga hujung nyawa.

SIMULASI KANON





Terdapat 9 persoalan dan 2 golongan wanita dalam teks Sulalatus Salatin yang terkandung dalam video di atas.


LATAR DALAM SULALATUS SALATIN

Latar
  • Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan manusia yang terdapat dalam cerita.
  • Latar   penting   dalam   mengembangkan   tema, persoalan, plot, watak, dan perwatakan. Idea, plot, dan watak akan lebih hidup jika berada dalam situasi pelbagai latar.
  • Latar merangkumi pelukisan geografi, topografi, pemandangan, bangunan, peralatan, tanggungjawab watak, waktu, dan sebagainya.


 Latar terbahagi kepada empat jenis, iaitu:

 (a)  Latar tempat
Merupakan   ruang   atau   tempat   peristiwa berlaku yang berkaitan dengan lokasi geografi.

 (b ) Latar waktu atau masa
Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era, sejarahnya, atau musimnya.

 (c) Latar masyarakat atau citra masyarakat
Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial, ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.


LATAR TEMPAT 

1. Negeri Kida Hindi.
  • Negeri ini penting dikenali kerana menjadi jajahan takluk Iskandar Zulkarnain ketika hendak melihat negeri Matahari Terbit. Iskandar Zulkarnain telah berkahwin dengan puteri Shahrul Bariah. Lalu lahirlah keturunan raja melaka sehinggalah pemerintahan Raja Suran. Raja Suran dikatakan mewarisi sifat Iskandar Zulkarnain yang hebat dalam peperangan dan penakluk yang hebat. Setelah ditipu oleh orang-orang China, barulah kegiatan penaklukan bertukar kepada penerokaan negeri bawah laut. Raja Suran telah turun ke dalam laut dengan peti kaca berpesawat. Rajanya bernama Aktabul Ard, dari kaum Bu Sum yang rakyatnya separuh kafir dan separuh Islam. Seterusnya, perkahwinan Raja Suran dengan puteri Mahtabul Bahri telah melahirkan tiga orang putera Nila Utama, Nila Pahlawan dan Krishna Pandita.


2. Bukit Siguntang 
  • Negeri ini adalah tempat mula-mula tiga orang putera Raja Suran mendarat dengan menggunakan kenderaan seekor lembu dari negeri bawah laut. Kehadiran mereka telah menyebabkan persekitaran Bukit Siguntang menjadi bercahaya pada waktu malam. Setelah diperiksa oleh Wan Empuk dan Wan Malini, didapati kawasan perhumaan mereka telah berubah dimana pokok padinya bertukar sifat. Pokok padi telah berbuahkan emas, berbatangkan perak dan daunnya suasa.

  • Pertemuan tiga anak raja dengan Demang Lebar Daun telah menjalin hubungan baik antara golongan raja dan rakyat. Peristiwa perkahwinan putera Raja Suran dengan anak Lebar Daun telah melahirkan sebuah Waad atau perjanjian antara pihak raja dan rakyat. Setelah perjanjian, maka tiga orang anak raja ini telah menjadi raja di tempat masing-masing iaitu di Tanjung Pura, Minangkabau dan Singapura. 

3. Singapura
  • Nila Utama telah membuka Singapura dan menjadi raja di sana bergelar Seri Teri Buana. Peristiwa pembukaan Singapura bermula dengan perkembangan negara berkenaan yang sangat hebat. Terdapat cerita hubungan Singapura secara anakronisme dengan Majapahit. Singapura sangat hebat terutama dalam peristiwa tatal kayu dan kepala budak ditarah. Seterusnya Badang yang telah makan muntah hantu menjadi kuat dan menjadi lambang kekuatan Singapura. Cerita perkembangan Singapura terhenti sebentar apabila buku ini menyelitkan peritiwa di Semundera Pasai yang bermula dengan kisah pembukaan negeri berkenaan.
  • Setelah cerita Semundera Pasai tamat, kisah dalam Sejarah Melayu telah kembali semula ke Singapura. Pada kali ini kisah di Singapura lebih menjurus kepada faktor-faktor kejatuhan pemerintahan. Kisah bermula dengan Pembunuhan Tuan Jana Khatib, Singapura dilanggar todak dan pembunuhan anak Sang Rajuna Tapa. Pemerintahan Sigapura berakhir dengan kedatangan tentera Majapahit yang dijemput oleh Sang Rajuna Tapa serta tentera Singapura yang kelaparan kerana beras disorokkan. Pintu kota dibuka dan Singapura alah. Sang Rajuna Tapa dan keluarga menjadi batu dan raja Singapura melarikan diri ke Johor.

 4. Semundera Pasai 
  • Pembukaan negeri dengan kisah Merah Silu menahan lukah dan mendapat cacing gelang-gelang. Cacing gelang-gelang direbus dan menjadi emas. Peristiwa semut besar menyebabkan nama tempat Semundera dan anjing yang menyalak bernama Pasai meneybabkan nama tempat bernama Pasai. Kemudian berlaku kisah Merah Silu memeluk Islam dan bertukar nama menjadi Sultan Maliku Saleh.
  • Maliku Saleh meninggal dan dua orang anak baginda dilantik menjadi pemerintah Semundera dan Pasai. Mereka ialah Maliku Mansur dan Maliku Tahir.
  • Berlaku kisah Maliku Tahir ditawan oleh raja Shahrun Nuwi dan dijadikan gembala ayam. Kemudian berlaku kisah Maliku Mansur mengambil seorang dayang Maliku Tahir ketika melawat adindanya (Maliku Tahir yang tiada di istana kerana telah diculik)
  • Malikul Tahir telah diselamatkan oleh mangkubuminya Sidi Ali Ghiatuddin dengan cara menyamar sebagai saudagar arab yang mampu memberi hadiah istimewa.  Apabila kembali ke Pasai, baginda telah mendapati dayangnya telah diambil, maka beliau telah merancang untuk menangkap Maliku Mansur. Akhirnya Sidi Asma Yaumiddin ditangkap dan dipancung. Sultan Maliku Mansur pula dibuang negeri. Akhirnya ketika Maliku Mansur dipanggil kembali dari buangan, baginda telah meninggal dunia di atas kubur Sidi Asma Yumiddin di suatu tempat bernama Padang Maya.
5. Melaka.
  • Pembukaan Melaka
  • Raja Melaka memeluk Islam
  • Pemerintahan Sultan Muhammad Syah
  • Pemerintahan Sultan Muzaffar Syah
  • Pemerintahan Sultan Mansur Syah
  • Pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah
  • Pemerintahan Sultan Mahmud Syah
  • Kejatuhan Melaka ditangan Portugis.

LATAR MASA 
Latar masa perkembangan cerita di dalam hikayat ini juga mengambil masa yang lama iaitu melebihi seratus tahun. Ianya bermula dari awal zaman pembukaan negeri Melaka sehinggalah negeri Melaka jatuh ke tangan Feringgi pada tahun 1511. Pengkisahan yang berlaku adalah di sekitar raja-raja Melayu bertujuan untuk menggambarkan kedudukan dan kebesaran raja-raja Melayu Melaka yang memerintahdan keagungan yang diperintah oleh mereka.



GAYA BAHASA DALAM SULALATUS SALATIN


Definisi 

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 106) mendefinisikan gaya sebagai cara menulis atau bertutur, cara membuat sesuatu, terutamanya yang menjadi ciri sesuatu zaman atau seseorang. Gaya bahasa pula dilihat berkenaan cara pemakaian bahasa, iaitu pengetahuan tentang pemilihan, penyusunan, penggunaan sesuatu perkataan dan ayat.

1.       Personifikasi.
Personifikasi bermaksud memberikan sifat manusia kepda bukan manusia.
Pengarang menggunakan personifikasi bagi menggambarkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan suasana, pemerintah atau raja-raja melayu, pembinaan sesuatu kerajaan, perutusan dari satu pihak kepada pihak yang lain.
Sebagai contoh , “maka bertemulah kedua gajah itu lalu berperang….”

2.       Kata pangkal ayat.
Kata pangkat ayat ialah kata yang hadir pada bahagian awal ayat. Fungsinya adalah untuk menyambung ayat dalam suatu wacana.
Contoh; hatta, maka, syahadan, adapun dan sebagainya.
Dalam Sulalatus Salatin, contoh kata pangkal ayat ialah “hatta musim ke Jawa telah adalah, maka Paduka Seri Pikrama Wira pun menyuruhkan Bendahara mengarang surat akan dikirimkan ke Majapahit….”

3.       Hiperbola
Hiperbola ialah menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.
Contoh hiperbola ialah, “ daripada kebanyakan rakyat berjalan itu segala hutan belantara pun habis menjadi padang, bumi pun bergetar seperti gempa, gunung ganang pun bergerak-gerak, runtuh kemuncaknya. Maka segala bukit yang tinggi-tinggi itu pun habis menjadi rata, segala sungai besar-besar pun menjadi kering, jadi darat”

FUNGSI MITOS DAN LAGENDA

DEFINISI MITOS

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2006), mitos membawa maksud cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam. 

DEFINISI LAGENDA
Legenda pula didefinisikan sebagai cerita yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah.


FUNGSI MITOS

Menurut Hooykas (1965), mitos berfungsi untuk menceritakan tentang asal usul raja-raja. Asal usul raja-raja kerajaan Melayu tua ini kebiasaanya dihubungkan dengan objek-objek seperti buluh, buih dan mayang pinang. Tujuan utama gambaran tentang asal usul raja ini digembar gemburkan adalah untuk meningkatkan taraf dan kedudukan raja. Hal ini kerana, dalam kisah-kisah yang dipaparkan, raja-raja ini mempunyai keupayaan untuk berhubung secara langsung dengan tokoh-tokoh jin, lembu dan Batala, tokoh mitos Puteri Mahtabu’l Bahri dan Raja Aftabu’l Ardh serta pelbagai lagi tokoh dari dalam laut dan kayangan, (Yusoff Iskandar, 1986).


 Contohnya kisah berkenaan dengan Raja Suran, yang merupakan keturunan Iskandar Zulkarnain, yang dikatakan telah masuk ke dalam laut. Dalam pengembaraan tersebut, baginda telah terjumpa sebuah negeri yang didiami oleh kaum Bersam. Kaum di negeri Bersam ini terdiri daripada orang kafir dan Islam. Raja Suran kemudiannya dikhabarkan berkkahwin dengan puteri kerajaan tersebut iaitu, Puteri Mahtabu’l Bahri dan dikurniakan tiga orang putera.



 Raja Suran kemudiannya pergi menemui raja jin iaitu Asmaghayah Peri untuk meminta supaya dibuatkan tiga buah mahkota untuk puteranya. Mahkota itu menjadi lambang kebesaran dan keturunan Iskandar Zulkarnain. Setelah itu, Raja Suran pun keluar dari laut dan menuju ke udara dengan menunggang seekor kuda terbang yang bernama Faras’ul Bahri.

 Berdasarkan kisah yang dipaprkan ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa pengarang cuba untuk mengagung-agungkan kedudukan raja dengan menyelitkan pelbagai jenis kebolehan dan keistimewaan baginda. Dalam cerita ini kebolehan dan keistimewaan tersebut ditunjukkan menerusi keupayaan baginda untuk hidup di dalam laut dan keluar dari laut dengan menungggang kuda terbang. 


 Seterusnya, mitos berfungsi untuk menceritakan tentang asal usul sesuatu tempat. Mitos berkenaan dengan asal usul sesuatu tempat ini kebiasaannya dikaitkan dengan unsur-unsur binatang dan anasir-anasir alam seperti pokok kayu, buah-buahan,mayang pinang dan lain-lain. Binatang yang dijadikan unsur mitos itu pula terdiri daripada binatang yang luar biasa sifatnya, tangkas, besar, cerdik dan cantik seperti singa, pelanduk, anjing dan semut besar, (Yusoff Iskandar, 1986).



 Contoh ini dapat dilihat dalam kisah bagaimana Singapura mendapat nama. Menurut Sejarah Melayu, nama Singapura ini diambil daripada nama binatang, iaitu singa. Cerita ini dikaitkan dengan kisah putera ketiga Sang Sapurba Taram Seri Tri Buana yang terserempak dengan binatang ini sewaktu baginda pergi bermain-main di perairan Bentan. Ketika itu, Sang Nila Utama bertanya kepada semua orang yang berada di sekelilingnya berkenaan nama binatang yang dilihat. Namun tiada seorang pun yang tahu. Akhirnya, Demang Lebar Daun menjawab pertanyaan tersebut sambil menambah, tempat ini baik untuk dibuat negeri kerana mempunyai binatang yang gagah. Lalu terbentuklah kerajaan Singapura yang mendapat nama dari singa, manakala pura pula, merujuk kepada bandar dalam bahasa Sanskrit.



 Mitos juga turut dikaitkan dengan sejarah kemasukan agama Islam ke Melaka dan Pasai, (Yusoff Iskandar, 1986). Tujuan utama mitos tentang pengislaman ini dibuat adalah untuk membezakan cara rakyat dan raja memeluk Islam. Raja mempunyai cara yang lebih istimewa dalam memeluk agama Islam berbanding rakyat jelata. Pengislaman raja ini dikatakan berlaku secara langsung dari Mekah dalam mimpi. Dalam mimpi tersebut, mereka bertemu dengan tokoh-tokoh Islam dan beberapa orang wali yang mempunyai hubungan dengan penyebaran Islam di Melaka dan Pasai. Keisitimewaan ini pula muncul berikutan sifat sosial dan politik raja itu yang sememangnya mempunyai taraf yang tinggi dalam masyarakat. Menerusi mitos yang ditampilkan ini, kita dapat mengetahui cara agama Islam berkembang di Melaka, iaitu melalui raja. Seterusnya, pengislaman raja ini diikuti oleh pembesar dan rakyat jelata.



 Mitos tentang kemasukan Islam ini dapat dilihat dalam kisah pengislaman Raja Kecil Besar. Dalam Sejarah Melayu, Raja Kecil Besar dikatakan bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Dalam mimpi tersebut, baginda telah diajar untuk mengucap dua kalimah syahadah oleh Rasulullah S.A.W, seterusnya baginda juga diberitakan mengenai namanya yang telah ditukar kepada Sultan Muhammad. Sebaik sahaja baginda tersedar daripada mimpi, badan baginda dikatakan berbau wangi dan sudah siap dikhatankan. Mulut baginda pula, lancar sahaja mengucapkan lafaz dua kalimah syahadah.



 Selain itu, mitos juga turut dikaitkan dengan popular idea berhubung dengan sesuatu peristiwa aneh dan ajaib yang berlaku, (Yusoff Iskandar, 1986). Peristiwa ini dipercayai hanya dialami oleh raja ataupun dalam kalangan mereka yang mempunyai hubungan yang rapat dengan istana. Antara contoh popular idea ini ialah berkaitan dengan konsep daulat dan derhaka. Seorang raja dipercayai mempunyai satu bentuk kepercayaan mistik, iaitu daulat. Menerusi kepercayaan ini, rakyat dilarang daripada melanggar hak daulat yang dimiliki oleh raja tersebut. Sekiranya larangan ini diingkari, dalam erti kata yang lain derhaka kepada raja, orang tersebut akan menerima balasan yang buruk.



 Antara contoh kisah yang berkenaan dengan konsep daulat dan derhaka ini ialah kisah berkenaan dengan Sang Rajuna Tapa yang bertukar menjadi batu. Sang Rajuna Tapa merupakan bendahara kepada Raja Iskandar Syah, iaitu pemerintah Singapura. Sang Rajuna Tapa ditimpa daulat Raja Iskandar Syah kerana belot kepada baginda dan bersubahat dengan Majapahit, musuh Singapura. Akibat daripada tindakannya itu, Singapura telah kalah kerana diserang Majapahit. Raja Iskandar Syah kemudiannya lari ke Melaka, manakala Sang Rajuna Tapa dan isterinya bertukar menjadi batu sebaik sahaja Raja Iskandar Syah melarikan diri ke Melaka. Batu itu dipercayai masih lagi wujud di Singapura.



 Disamping itu, mitos juga digunakan sebagai dakyah untuk mengecam penyelewengan yang selalunya dilakukan oleh raja, (Yusoff Iskandar, 1986). Penggunaan mitos digunakan kerana kritikan secara terang-terangan atau langsung kepada raja, boleh menyebabkan seseorang itu dilabel sebagai menderhaka dan boleh ditimpa daulat raja. Jadi, kritikan ini hanya dapat disampaikan dalam bentuk penulisan. Dalam Sejarah Melayu, kritikan ini disampaikan dalam bentuk mitos yang pelbagai.



 Contoh mitos yang berfungsi sebagai kritikan ini dapat dilihat dalam kisah peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Mahmud Syah. Puteri Gunung Ledang telah meletakkan syarat-syarat yang sukar untuk dijadikan hantaran bagi meminang dirinya. Kesemua syarat-syarat tersebut sanggup dipatuhi oleh baginda, walaupun berat. Namun, apabila tiba kepada syarat yang melibatkan nyawa anakanda baginda, baginda tidak sanggup untuk melakukannya. Hal ini jelas membuktikan bahawa baginda seorang opportunist, (Yusoff Iskandar, 1986). Baginda sanggup membiarkan rakyat terkorban dan menderita asalkan kemahuan baginda tercapai, namun apabila kemahuan tersebut melibatkan kepentingan diri dan keluarganya, baru lah baginda melupakan kemahuan baginda yang tinggi itu.



FUNGSI LAGENDA 

Menurut Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim (1986), legenda merupakan kisah-kisah mengenai keperibadian dan keunggulan dalam peribadi yang dimiliki oleh tokoh-tokoh manusia tertentu, tokoh-tokoh yang berkemungkinan besar memang hidup dalam sejarah umpamanya.  Seterusnya, tokoh-tokoh ini pula tidak sunyi daripada dikaitkan dengan tokoh-tokoh yang ada hubungannya dengan kekuatan politik dan agama. 

Di samping itu, keunggulan tokoh-tokoh ini sering dihubungkaitkan dengan watak-watak istimewa dan supernatural seperti gagah, berani, kuat, pintar dan bijak, mempunyai kebolehan dan kekuatan batin yang luar biasa serta sangat terkenal dalam sejarah tempatan sesuatu masyarakat.  Justeru, legenda menjadi kebanggaan bahkan kerap diteladani oleh masyarakat setempat, lalu menjadi milik seluruh masyarakat tersebut.  Berdasarkan hal tersebut, dapatlah diketahui bahawa legenda ini mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Masyarakat Melayu amat sinonim dengan konsep ‘tulah raja’.  Barangsiapa yang menderhaka kepada sultan atau raja, mereka akan mendapat hukuman atau terkena ‘tulah raja. Sehubungan dengan itu, antara fungsi legenda menurut Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim (1986: 163) adalah untuk memperkuat konsep ‘daulat’, ‘taat’ dan ‘derhaka’ dalam masyarakat Melayu.

Sesuai dengan hal ini, Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah telah diangkat menjadi model atau simbol kepada ketiga-tiga konsep tersebut.  Hal ini dapat dilihat apabila ia sanggup membunuh sahabat baiknya sendiri, iaitu Hang Jebat yang pada pandangannya telah menderhaka kepada Sultan mereka, iaitu Sultan Mansur Syah sebagai tanda taat dan setianya yang tidak berbelah bahagi kepada rajanya.  Selain itu, Hang Tuah juga sanggup mati untuk memenuhi kehendak sultan Melaka pada ketika itu (Hasbullah Ibrahim dan Noor Aini Shaari, 1993).  Beliau diceritakan sanggup untuk masuk ke dalam kubur disebabkan sultannya yang ingin mengetahui keadaan sebenar di dalam kubur.

Seterusnya, legenda juga berfungsi untuk memuji serta menunjukkan kekuatan fizikal dan mental orang-orang Melayu.  Hal ini dapat digambarkan melalui kebijaksanaan Sultan Mansur Syah dalam mentadbir kerajaannya.  Baginda bertindak menjalin hubungan diplomatik dengan beberapa buah kuasa besar sebagai langkah berjaga-jaga.  Meskipun Siam pada ketika itu telah menyerang Melaka sebanyak dua kali dan tewas, namun itu bukanlah bermakna mereka tidak akan menyerang Melaka lagi.  Maka, Sultan Mansur Syah telah membuat keputusan untuk berbaik-baik dengan Siam.  Hal ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan keamanan kerajaan Melaka.  Berikut merupakan petikan kata-kata baginda:
“Apa bicara tuan hamba sekalian, baiklah kita menyuruh ke benua Siam; apa sudahnya kita beralangan selama ini; kita kelahi dengan dia pun tidak, dan berdamai pun tiada…”
                                                                                                                 (Sulalatus Salatin, hlm. 107)


Hal tersebut jelas menunjukkan kebijaksanaan Sultan Mansur Syah yang secara tidak langsung telah mengangkat kehebatan orang Melayu.  Tujuan tokoh ini ditampilkan adalah untuk memuji ketangkasan mental dan fizikal orang-orang Melayu, sebagaimana Sejarah Melayu dalam memetik kata-kata Betara Majapahit;
“Adapun orang Melayu ini terlalu cerdik daripada segala orang negeri lain; pada sebarang permainan pun tewas juga orang lain oleh orang Melaka”.
                                                                                                                   (Sulalatus Salatin, hlm. 22)

Selain itu,  legenda turut berfungsi menguatkan keyakinan orang Melayu terhadap agama Islam.  Hal ini dapat dilihat daripada kisah Tok Senik di Beserah yang merupakan seorang pemimpin agama telah bertindak membuka Pekan Beserah setelah merantau dari satu tempat ke satu tempat di utara Semenanjung Tanah Melayu (Aripin Said, 1996: 57). 

Kisah ini menunjukkan betapa pengaruh seorang pemimpin agama itu sangat memberi kesan yang besar kepada orang di sekelilingnya.  Hal ini demikian kerana, ketika Tok Senik datang ke pekan tersebut yang pada asalnya masih belum mempunyai nama, beliau terus mencadangkan nama Pekan Beserah kerana dikaitkan dengan kehidupan seorang Islam yang sentiasa berserah kepada Allah dalam apa-apa jua perkara.  Kisah ini juga telah dibawa turun-temurun oleh rakyat tempatan dan dipercayai ramai.  Pada masa yang sama, perkara ini juga sebenarnya mampu mengukuhkan kepercayaan masyarakat terhadap sesuatu tokoh dan peristiwa bercorak sejarah.

Selanjutnya, legenda juga direka adalah untuk menonjolkan tokoh-tokoh legenda.  Sebagai contoh, watak Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.  Hang Tuah diceritakan dan dilambangkan sebagai seorang yang sangat gagah perkasa. Sebagai buktinya, dia dapat mengalahkan orang Jawa yang mengamuk dan kemudiannya dilantik menjadi laksamana (Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim, 1986: 162).  Sehubungan dengan itu, perihebatnya tokoh ini di mata masyarakat telah digambarkan dalam Sejarah Melayu:
“Adapun akan Laksamana Hang Tuah barang tempat ia pergi, gegak-gempita bunyi orang daripada hebat melihat sikap lakunya.  Jika ia peseban, peseban gempar; jika ia di panggungan, panggungan gaduh dan segala perempuan Jawa anak-anak dara, jikalau ia berjalan ke pasar atau barang ke mana, banyaklah yang gila akan Hang Tuah itu. Dan apabila Hang Tuah lalu, perempuan di dalam pangkuan lakinya itu pun bangun hendak melihat Hang Tuah; itulah dipantunkan Jawa…”
Semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menonjolkan tokoh Hang Tuah itu sendiri sekaligus mengangkat watak tersebut.


 Fungsi legenda yang seterusnya adalah untuk memberikan hak legalisasi terhadap raja-raja yang berkenaan (Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim, 1986: 163).  Berhubung dengan hal ini, perihal menghubungkan tokoh-tokoh bersejarah dengan tokoh-tokoh legenda zaman dahulu sebenarnya bukanlah dibuat secara kebetulan, sebaliknya ada kepentingannya yang tersendiri, iaitu untuk kepentingan politik.

Keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa tokoh-tokoh sejarah yang dihubungkaitkan  dengan unsur-unsur legenda ini ialah raja-raja sendiri.  Hal ini demikian kerana, mereka berpendapat adalah menjadi haknya merajai sesebuah kerajaan kerana keturunannya sendiri berasal daripada raja-raja, baik raja tersebut muncul dalam bentuk mitos mahupun legenda.  Menurut Yusoff Iskandar dalam Zahrah Ibrahim (1986: 163), raja-raja ini berpendapat mereka bukan daripada manusia biasa dan dijadikan daripada hukum akal dan bersifat biologis.

 Di samping itu, legenda turut berfungsi untuk memperingati peristiwa penting yang berlaku dalam masyarakat Melayu.  Hal ini sangat penting bagi memastikan kelestarian cerita-cerita terdahulu yang boleh dijadikan panduan buat generasi terkemudian baik sebagai hiburan, pengetahuan mahupun peringatan.  Hal ini dapat dilihat dalam Hikayat Hang Tuah yang mengisahkan pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat.  Kisah ini secara tidak langsung dapat membuatkan orang ramai memperingati peristiwa tersebut dan dibawa turun-temurun dari generasi ke generasi.



 Akhir sekali, legenda juga berfungsi menceritakan salasilah raja-raja.  Hal ini dapat dibuktikan melalui Hikayat Raja-raja Pasai, iaitu mengenai salasilah Merah Silau atau Sultan Malikul Saleh, yakni nama baginda selepas memeluk Islam.  Pada awal hikayat ini ada disebutkan tentang salasilah Merah Silau dari awal yang bermula daripada kisah Raja Ahmad dan Raja Muhammad yang masing-masing menjumpai seorang kanak-kanak (Puteri Betung) daripada buluh betung dan seorang lagi dijumpai bersama-sama dengan seekor gajah (Merah Gajah).  Setelah kedua-dua mereka membesar, mereka pun dikahwinkan dan dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Merah Silau dan Merah Hasum (Russell Jones, 1997).



 Secara umumnya, legenda-legenda ini sengaja diwujudkan dengan tujuan-tujuan tertentu yang dihubungkan dengan seseorang tokoh, raja, pahlawan, ulama dan sebagainya.  Pelbagai sanjungan diberikan kepada individu-individu tersebut.  Di samping itu, sanjungan tersebut pula lahir sesuai dengan fungsinya yang berfungsi memperbesar-besarkan taraf, keturunan dan kedudukan raja yang disanjung.



UNSUR PHATOS DALAM SULALATUS SALATIN


Maksud:
- Istilah berasal dari perkataan Greek.
- Membawa maksud - penderitaan atau rasa kesedihan atau kepiluan.
- Dari segi kesusasteraan, pathos merupakan unsur yang meransangkan daya rasa kasihan, kesedihan dan dukacita dalam diri pembaca.
- Menggambarkan sifat-sifat berserah, perihal penderitaan yang tidak tertanggung, atau kesengsaraan kerana menanggung dukacita yang amat mendalam.


UNSUR PATHOS DALAM SULALATUS SALATIN.

1. Pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi keamanan negeri.
Hal ini dapat dilihat dalam kisah Sultan Muzaffar Syah terpaksa menceraikan isteri kesayangannya Tun Kudu demi menyelesaikan perbalahan antara Seri Nara Diraja Tun Ali dengan Tun Perak.
Sebagai seorang wanita yang masih muda, Tun Kudu turut terpaksa menanggung penderitaan diceraikan demi kepentingan keamanan Melaka. Kemudian berkahwin pula dengan Seri Nara Diraja Tun Ali yang telah tua. Namun Tun Kudu tidak ada pilihan. Penentuan hidupnya terserah kepada ketentuan kuasa dipihak lelaki lebih-lebih lagi atas titah sultan.

2.Pembunuhan terhadap orang yang tidak berdosa oleh pemerintah hanya kerana faktor dendam dan benci dan fitnah.
Ini bermakna tindakan pemerintah yang menjatuhkan hukuman bunuh terhadap seseorang yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Buktinya dapat dilihat dalam peristiwa pembunuhan terhadap Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir, Tuan Jana Khatib, Tun Besar, Tun Ali Sandang dan sebagainya yang berpunca daripada rasa dendam dan benci.
Contoh:

a. Pembunuhan terhadap Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir misalnya berpunca daripada dendam Sultan Mahmud Syah terhadap Tun Mutahir kerana tidak menunjukkan Tun Fatimah kepada baginda terlebih dulu sebelum dikahwinkan dengan Tun Ali. Ditambah pula dengan fitnah yang disampaikan oleh Raja Mendaliar dan Kitul yang memfitnah Bendahara Tun Mutahir ingin merampas tahta kerajaan Melaka.
Dalam suasana hidup yang tenang, bahagia bersama keluarga, hidup mewah dan mempunyai kedudukan (diceritakan Bendahara Seri Maharaja pembesar terkaya di Melaka) tiba-tiba berhadapan dengan malapetaka dan kemusnahan diri sendiri serta ahli-ahli keluarga tentu sekali penderitaan yang dirasai tidak tertanggung.
Turut dirasai penderitaan ini ialah Tun Fatimah yang terpaksa menghadapi kehilangan suami, ayah dan keluarga secara tragis, difitnah akan menderhaka kepada raja. Kesan kesakitan dan penderitaan Tun Fatimah diceritakan dalam Sulalatus Salatin bahawaTun Fatimah tidak pernah tersenyum selama menjadi isteri Sultan Mahmud Syah.

b. Pembunuhan kejam ke atas Tuan Jana Khatib oleh Paduka Seri Maharaja juga menimbulkan unsur pathos kerana tidak setimpal dengan kesalahannya menilik batang pinang hingga terbelah dua di hadapan permaisuri Singapura. Pembunuhan akibat rasa cemburu dan tanpa alasan kukuh ini amat kejam dan menimbulkan simpati pembaca terhadap watak tersebut.

c. Pembunuhan ke atas anak Sang Rajuna Tapa. – Anak Sang Rajuna Tapa merupakan gundik kepada Raja Iskandar Syah. Dia telah difitnah dan dijatuhkan hukuman bunuh secara yang amat kejam dan mengaibkan iaitu disula dihujung pasar.

d. Pembunuhan Tun Besar gara-gara bermain sepak raga.

e. Pembunuhan Sultan Abu Syahid oleh Raja Rekan. Orang yang tidak berdosa menjadi mangsa balas dendam dan tamak kuasa.

3. Terkorban kerana menegakkan keadilan dan perbezaan prinsip:
  • Buktinya tergambar dalam episod pertikaman dan pembunuhan Hang Jebat oleh sahabatnya Hang Tuah.
  • Kesedihan, kepiluan dan rasa penyesalan yang bukan sahaja dirasai oleh watak-watak tetapi turut dirasai oleh kita sendiri sebagai pembaca ketika mengikuti episod pertikaman antara dua orang sahabat baik iaitu antara Hang Tuah dan Hang Jebat.
  • Kita merasa sedih kerana pengorbanan Hang Jebat untuk membela penganiayaan ke atas sahabatnya Hang Tuah yang dihukum bunuh hanya kerana fitnah dan tanpa usul periksa oleh Sultan Mansur Syah akhirnya membawa kecelakaan pada dirinya kerana pada zaman itu tindakan Hang Jebat bertentangan dengan sistem sosial yang menjadi amalan masyarakat Melayu .
  • Hal ini terjadi kerana perbezaan prinsip di antara dua sahabat tersebut. Hang Tuah berpegang dan menjunjung prinsip “Pantang Melayu Derhaka kepada raja” sebaliknya Hang Jebat berpegang kepada prinsip “ Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah”
  • Berpegang kepada prinsip itu Hang Tuah tidak boleh sama sekali bertolak ansur terhadap sesiapa sahaja yang menderhaka kepada rajanya. Sebagai seorang hamba yang setia kepada tuannya, Hang Tuah menepikan rasa persahabatan/persaudaraannya terhadap Hang Jebat. Hang Tuah tetap menurut titah raja. Kesetiaan Hang Tuah tidak berbelah bagi kepada raja Melaka. Sungguhpun Hang Jebat menderhaka kerana membela "kematian" Hang Tuah, namun kesetiaan Hang Tuah tidak ada tandingannya .
  •  

4. Rakyat menjadi mangsa kesetiaan kepada pemerintah.
  • Kepedihan dan kesakitan yang dirasai oleh rakyat dan hulubalang Singapura akibat tercedera diserang todak berlaku kerana kesetiaan mereka terhadap pemerintah. Titah raja Singapura tidak boleh dibantah. Kisah ini berlaku dalam episod Singapura dilanggar todak
  • Titah raja supaya rakyat berkubukan betis (tubuh badan) telah menyebabkan ramai rakyat terkorban dan cedera parah.
  • Dalam episod ini juga, berlaku peristiwa tragis yang amat mengusik perasaan belas kasihan serta kepiluan hati apabila mendapati budak cerdik yang telah berjasa menyelamatkan Singapura daripada serangan todak itu tidak diberi penghargaan sewajarnya. Sebaliknya budak cerdik ini telah menjadi korban fitnah akibat perasaan iri hati pembesar-pembesar negeri. Begitu juga seksa keluarga budak cerdik ini menanggung penderitaan kematian anak mereka kerana berjasa kepada negara.
  • Budak cerdik ini tidak berdosa belum mengenal pancaroba dunia dihukum bunuh, mati dalam keadaan terseksa benar-benar meninggalkan kesan pada jiwa kita.


5. Penganiayaan dan penafian hak terhadap pewaris tahta juga merupakan suatu unsur pathos.
  • Ini terlihat dalam peristiwa penyingkiran Raja Kassim daripada menaiki tahta Kerajaan Melaka oleh Puteri Rekan. Raja Kassim sepatutnya menaiki tahta selepas kemangkatan Sultan Muhammad Syah, tetapi telah dinafikan haknya oleh Puteri Rekan yang bertindak melantik anaknya Raja Ibrahim sebagai sultan Melaka. Raja Kassim diusir dari istana dan menjadi nelayan di pantai Melaka.
  • Peristiwa penyingkiran ini menimbulkan rasa simpati dan belas kasihan khalayak terhadap Raja Kassim.


UNSUR MITOS


Dalam konteks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, unsur mitos merupakan sebahagian daripada ciri yang signifikan, terutama pada bahagian awal teks tersebut. Kewujudan unsur mitos dalam teks tersebut berkait rapat dengan realiti kehidupan masyarakat Melayu pada zaman itu yang masih berada dalam lingkungan pengaruh Hindu dan animisme yang kuat.



JENIS-JENIS MITOS
Mitos dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
1 mitos asal usul raja;
2 mitos pembukaan negeri;
3 mitos kedatangan Islam; dan
4 mitos-mitos lain.

  • Mitos Asal Usul Raja
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, dalam upaya hendak meningkatkan martabat dan kedudukan raja-raja Melayu, khususnya raja Melaka, telah mengaitkan bahawa raja-raja tersebut berasal usul daripada keturunan Raja Iskandar Zul­Karnain, Nabi Sulaiman, clan Nusyirwan Adil. Pertalian ini bermula apabila Raja Suran (cucu Raja Sulan) telah masuk ke dasar laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dari negeri Dika. Perkahwinan tersebut telah menghasilkan tiga orang putera - Nila Pahlawan, Krisyna Pandita, dan Nila Utama. Ketiga-tiga putera ini telah naik ke bumi dan mendarat di Bukit Si Guntang, Palembang. Keistimewaan dan keluarbiasaan yang dimiliki mereka telah membolehkan mereka menjadi raja - Nila Pahlawan menjadi raja di Minangkabau; Krisyna Pandita menjadi raja di Tanjung Pura; Nila Utama pula menjadi raja di Palembang dan seterusnya di Temasek dengan gelaran Seri Teri Buana. Seri Teri Buanalah yang kemudiannya mengembangkan keturunan raja-raja Melaka.
  • Mitos Pembukaan Negeri

Sulalatus Salatin Sejarah Melayu banyak juga mengetengahkan mitos yang berkaitan dengan pembukaan sesebuah negeri. Dalam hal memilih dan memberikan nama negeri ini, penamaan tersebut dibuat berdasar kepada keyakinan para raja terhadap sesuatu keganjilan dan kejadian luar biasa yang pada pandangan mereka akan mendatangkan keberuntungan kepada negeri tersebut. Antaranya termasuklah:
  • pembukaan negeri Singapura yang dikaitkan dengan peristiwa kemunculan seekor binatang yang bernama “Singa”
  • pembukaan negeri Melaka yang dikaitkan dengan peristiwa seekor pelanduk putih yang telah mengalahkan anjing;
  • pembukaan Semundra yang dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu bertemu dengan seekor semut besar seperti kucing; dan
  • pembukaan Pasai yang dikaitkan dengan peristiwa anjing Sultan Maliku's-Salleh yang bernama si Pasai menyalak di suatu kawasan tanah tinggi
  • Mitos Kedatangan Islam

Sebagaimana mitos asal usul, tujuan mitos kedatangan Islam ini diselitkan dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu adalah untuk mengangkat darjat raja-raja Melayu. Ada dua peristiwa yang memerihalkan mitos kedatangan Islam ini, iaitu:
  • kedatangan Islam di Semundra yang dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad s. a. w. Dalam mimpi itu, Nabi Muhammad s. a. w. telah meludah ke dalam mulut Merah Silu dan sebagai hasilnya, Merah Silu dapat mengaji pada keesokan harinya manakala tubuhnya pula berbau narawastu; dan
  • kedatangan Islam di Melaka yang dikaitkan dengan peristiwa Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah) telah diislamkan oleh Nabi Muhammad s. a. w. melalui mimpi. Dalam mimpi itu, dikatakan bahawa Raja Kecil Besar telah diajar mengucap dua kalimah syahadat, dikhatankan, dan diberi nama Islam. Keesokannya, semua yang dimimpikan oleh baginda menjadi kenyataan dan tubuh baginda turut berbau narawastu

  • Mitos-mitos Lain

Dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, terdapat beberapa peristiwa berunsur mitos yang ditulis untuk tujuan yang khusus. Antaranya termasuklah untuk menggambarkan kepercayaan sesuatu anggota masyarakat ataupun untuk mengkritik raja secara halus. Yang berikut adalah antara beberapa contoh mitos tersebut.
  • Peristiwa Badang menjadi gagah setelah makan muntah hantu - Badang telah beroleh kekuatan dan kegagahan yang sangat luar biasa setelah memakan muntah hantu yang mencuri hasil tangkapannya. Kegagahan Badang yang luar biasa itu telah membolehkan dia mencabut pokok-pokok kayu Yang besar dengan akarnya sekali dan hal ini menggembirakan majikannya kerana ladangnya telah dapat dibersihkan dalam masa yang singkat.
  • Peristiwa ikan todak menyerang Singapura - peristiwa ini berlaku semasa Singapura diperintah oleh Paduka Seri Maharaja. Banyak rakyat negeri itu yang mati ditikam oleh ikan todak yang mampu melompat hingga ke pantai. Untuk mengatasi serangan tersebut, Paduka Seri Maharaja telah memerintahkan rakyatnya berkubukan betis tetapi perintah itu lebih banyak menyebabkan kematian dan kecederaan kepada rakyat yang terlibat. Akhirnya, serangan ikan todak itu dapat diatasi melalui kebijaksanaan seorang budak yang menyarankan penggunaan batang pisang sebagai kubu. serangan ikan todak tersebut ada kaitannya dengan pembunuhan Tuan Jana Khatib yang "mahir akan ilmu khayal lillah lagi tamam dua belas".
  • Peristiwa Sang Rajuna Tapa menjadi batu - peristiwa ini menimpa Sang Rajuna Tapa kerana dia telah mengkhianati Raja Iskandar Syah. Pengkhianatan itu dilakukannya selepas Raja Iskandar membunuh anak perempuannya dengan cara yang sangat memalukan dirinya. Untuk membalas perbuatan Raja Iskandar Syah itu, dia telah bersekongkol dengan Majapahit yang menyebabkan Singapura jatuh ke tangan kuasa besar itu.


UNSUR KEAGAMAAN


Unsur agama
1.       Sejarah kedatangan islam di pasai dan Melaka.

è  Pasai - merah silu diislamkan oleh Fakir Muhammad. Pada suatu malam, Melah Silu telah bermimpi berpandangan dengan Rasulullah. Rasulullah telah memintanya untuk menganga mulut. Kemudian, merah silu diludahi. Akeesokannya badannya berbau narawastu. Baginda dapat membaca ayat al-quran tanpa diajar dan telah menukar namanya kepada Sultan Malikul Salleh.
è Melaka – Raja Kecil Besar bermimpi berpandangan dengan Rasulullah. Rasulullah meminta beginda untuk mengucap dua kalimah syahadah dan meminta raja kecil besar menukar namanya kepada Raja Muhammad. Keesokkannya bbeliau tersedar dan melihat kalamnya sudah dikhatankan. Baginda dapat membaca al-quran . mimpi baginda turut menjadi kenyataan apabila waktu asar kapal Syed Abdul Aziz turun ke pantai Melaka dan beliau bersembahyang disitu.
2.       Adat Istiadat dan Perundangan
è Unsur-unsur islam terdapat dalam adat istiadat dan perundangan yang diamalkan oleh kerajaan Melaka.
è Sebagai contoh; upacara akad nikah kahwin, perayaan kebesaran Islam seperti menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Rayo Korban. Selain itu juga, adat-adat seperti berkhatan.
è Amalam wasiat menjadi amalan kepada raja-raja Melaka yang mangkat untuk ditinggalkan kepada pembesar negeri dan putera mahkota.
è Sebagai contoh, wasiat kepada Raja Ahmad. Selain itu juga, wasiat Sultan Alaudin Riayat Syah kepada Sultan Mahmud.
3.       Karya – karya Kesusasteraan Islam
4.       Pendidikan dan Perkembangan Ilmu Keislaman
è Istana digunakan sebagai pusat penyebaran ilmu pada ketika itu.
è Sebagai contoh; Pasai adalah sebagai pusat bermuzakarah mengenai ilmu fiqah mengikut mazhab Shafie.
è Maulana Sadar Jahan dari Jeddah mengajar di Melaka.
è Maulana Yusuf mengajar ilmu tasawwuf.
è Kitab-kitab agama seperti Kitab Darul Mazlum dinawa ke Melaka oleh Maulana Abu Bakar dan diajar di istana Melaka.

NILAI KEMANUSIAAN


Meneliti unsur-unsur kemanusiaan dalam Sejarah Melayu dapat dilihat daripada sudut;
i.    Perbuatan atau tingkah laku.
ii.  Kata-kata atau dialog watak.

Kedua-dua sudut di atas biasanya akan melibatkan golon­gan raja dan pembesar-pembesar kerana peristiwa atau kisah dalam Sejarah Melayu adalah bersifat "istana-centrik". Jadi penglibatan golongan raja dan pembesar jelas dalam urusan pentadbiran negeri serta yang melibatkan peranan mereka dalam hubungan sesebuah kerajaan. Dengan lain perkataan, penelitian unsur-unsur kemanusiaan dalam konteks perbin­cangan di sini akan berkait secara langsung dengan pengli­batan dan peranan golongan istana (raja dan pembesar) dengan pemerintahnya.

KEMANUSIAAN YANG POSITIF (MENGUTAMAKAN NILAI KEMANUSIAAN)

1.  Sejarah Melayu menyebut dengan jelas tentang beberapa orang raja dan pembesar Melaka yang mentadbir Melaka dengan penuh sifat-sifat adil dan bijaksana. Mereka mengutamakan tanggungjawab dan amanah sebagai ketua negara bagi menjamin kehidupan rakyat dalam aman dan damai.

Antara Sultan Melaka yang memiliki sifat adil dan saksama ialah;
i. Sultan Mansur Syah. Sejarah Melayu menyebut ten tang sifat baginda sebagai; "terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi murah; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pads zaman itu."

ii. Sultan Alauddin Riayat Syah juga terkenal sebagai seorang Sultan yang adil dan bertanggungjawab. Ba­ginda sanggup menyamar sebagai rakyat biases bagi mengetahui sendiri tentang kawalan keselamatan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar negeri dengan tuju­an mengatasi masalah kecurian di Melaka.

iii. Raja Kecil Besar juga seorang pemerintah yang digam­barkan sebagai "Terlalu adil baginda pada memelihara segala rakyat lagi dengan murahnya". 
"Sultan Muhammad itu selama di atas kerajaan ter­lalu sekali adil baginda memeliharakan segala manusia."

2. Sifat dan kelakuan Berbudi Bahasa juga merupakan salah satu sifat yang amat mulia.
Bendahara Paduka Tun Perak terkenal sebagai seorang yang berbudi bahasa tinggi. Walau pun ia mengetahui Hang Tuah memburuk-burukkan peri­badinya kerana enggan menolong Sultan Zainul Abidin di Pasai bagi kali keduanya (kerana Sultan Pasai itu enggan mengirim "sembah" pada Raja Melaka) tetapi apabila di­tanya oleh Raja Melaka, Bendahara tetap memuji-muji kebaikan peribadi Hang Tuah sewaktu berada di Pasai. Hang Tuah berasa amat malu dengan kemuliaan budi Ben­dahara Paduka Raja. Selepas peristiwa itu Hang Tuah da­tang memohon maaf dan sujud di kaki Bendahara. Sekali lagi Bendahara memaafkan Hang Tuah;

"Maka Laksamana pun datang, lalu meniarap pada kaki Bendahara. Sembah Laksamana kepada Bendahara, "Sungguhlah Tuanku sedia asal orang besar-besar penghulu kepada saya sekalian." .

3. Berjasa dan Berbakti : Dalam konteks pemerintahan feudal raja memilik kuasa mutlak. Rakyat dan pembesar akan memberi tumpuan dan menumpahkan sepenuh taat setia serta berbakti kepada raja. Sebagai pembalasan dan rasa penghargaan di atas jasa bakti yang di curahkan, Sultan akan memberi anugerah atau kurnia sama ada dalam bentuk persalinan, barang-barang berharga seperti emas, permata atau kurniaan pangkat kebesaran dan gelaran-gelaran tertentu.

  • Jasa bakti Tun Perak sewaktu angkatan Siam me­nyerang Melaka. Tun Perak memegang jawatan sebagai penghulu orang-orang Kelang. Kejayaan Tun Perak me­nyekat kemaraan Siam serta serangan Siam hingga menye­lamatkan Melaka tanpa pertumpahan darah telah men­dapat pengiktirafan yang tinggi daripada Sultan Muzaffir Syah. Tun Perak di lantik sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Jika mengikut adat dan peraturan Melaka, Tun Peraklah yang sepatutnya menduduki jawatan sebagai Bendahara Melaka setelah ayahandanya Bendahara Seri Wak Raja mati (minun racun) tetapi oleh kerana Seri Nara Diraja sangat berpengaruh (jasanya menaikkan Sultan Muzaffir Syah di atas takhta) maka jawatan Bendahara dipegang oleh Seri Nara Diraja Tun Ali.
  • Tun Perak seolah-olah membawa diri ke Kelang dan di­lantik sebagai Penghulu Kelang. Sebagai seorang anak pembesar, darah pembesar tetap mengalir dalam diri Tun Perak. Kewibawaan beliau sebagai tokoh pemimpin yang berkelibar tetap terserlah. Beliau tidak pernah "merajuk" dalam melaksanakan tugas dan berbakti kepada Melaka walaupun ia tersingkir daripada jawatan yang menjadi "haknya". Ini jelas apabila raja mengerahkan seluruh pahla­wan daripada segenap pelusuk negeri berkumpul di Melaka bagi menghadapi serangan Siam.
  • Jasa bakti Hang Tuah setelah berjaya membunuh Hang Jebat. Hang Tuah adalah seorang panglima yang sangat bedasa. Jasa bakti yang pernah dicurahkan kepada rajanya tidak pernah mengenal erti keperitan. Sungguh­pun beliau telah diperlakukan secara tidak adil oleh Sultan Mansur, namun sebagai hamba Melayu yang taat dan ber­pegang teguh pada konsep "pantang Melayu menderhaka pads rajanya", Hang Tuah tetap berusaha dan melaksana­kan segala titah raja. Dia sanggup membunuh sahabat karib yang telah dianggap sebagai saudara sendiri demi berbakti pads rajanya, sungguhpun Hang Jebat menderhaka ke­rana membela kematiannya. Jasa bakti Hang Tuah me­ngembalikan maruah Sultan Mansur Syah telah mendapat penghargaan daripada Sultan. Sejarah Melayu mencatat­kan;
"Maka terlalu sukacita baginda. Maka segala pakaian yang dipakai baginda itu semuanya dianugerahkan kepada Hang Tuah .... telah itu Hang Tuah dilekatkanlah gelar "Laksa­mana" itu diarak keliling negeri, seperti adat anak raja-raja, didudukkan tara Seri Nara Diraja. (Penghulu Bendahari)

  • Jasa bakti Tun Telanai dan Menteri Jana Putra serta utusan Melaka yang pergi ke Siam kerana berhasil menja­linkan hubungan baik antara Melaka dan Siam mendapat penghargaan Sultan;
"Maka baginda pun terlalu sukacita, serta memberi persali­nan Tun Telanai dan Menteri Jana Putra, dan akan segala utusan Siam itu."


4. Memberi Nasihat dan Pengajaran : Nasihat menasihati antara satu dengan yang lain amatlah dituntut dalam me­ngatur kehidupan agar tidak tergelincir daripada landasan kemanusiaan yang mumi dan abadi. Golongan tua biasanya bertindak sebagai penunjuk ajar, memberi pengajaran ke­pada yang lebih muda dengan harapan tindakan yang dilakukan tidak melampaui batas-batas kemanusiaan serta dapat berlaku adil, tidak menimbulkan masalah atau beban kepada golongan masyarakat di bawahnya. Unsur nasihat dan pengajaran ke arah kebaikan demi kesejahteraan hidup amat jelas melalui wasiat-wasiat. Malah jenis wasiat amat kaya dengan unsur nasihat dan pengajaran.

  • Wasiat Sultan Alauddin Riayat Syah
Wasiat pada pembesar negeri ; Jikalau suatu khilap bebalnya, sangat-sangat maaf sekalian akan dia, dan tegur ajar, kerana ia lagi budak."
Wasiat pada Raja Muhammad ; hendaklah banyak‑banyak ampun mu akan segala hamba sahayamu, dan baik‑baik peliharamu akan dia,jikalau datang kepadamu dua pekerjaan, yakni pekerjaan Allah dengan pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah, tinggal­kan pekerjaan dunia, hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan dirimu ke hadrat Allah Taala. Dan segala anak Melayu, bagaimana besar dosanya, jangan kamu bunch, melainkan dosanya derhaka; kerana segala Melayu itu tanahmu, Jikalau kaubunuh ia dengan tiada dosanya,
bahawa kerajaanmu binasa."

5. Keimanan dan Ketakwaan : Sifat-sifat ini berkait dengan amalan agama Islam. Dengan mengamalkan sifat ketak­waan manusia akan hidup lebih sempuma. Dalam Sejarah Melayu, banyak peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan soal-soal keimanan ini diceritakan terutama dalam episod-­episod seperti ;

  • Raja dan pembesar Melaka menuntut ilmu agama daripada guru-guru agama yang datang dari Judah. Sultan Mahmud dan Bendahara Seri Maharaja pemah belajar agama pada Makhdum Sadar Jehan
  • Kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffir Syah telah, melaksanakan hukuman mengikut Islam iaitu hukuman potong tangan kepada mereka yang me­lakukan kesalahan mencuri.



PERSOALAN TEKS SULALATUS SALATIN

DEFINISI PERSOALAN. persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan tema.  persoalan biasany...